.


.


Thursday, November 5, 2009

Malaikat Peribadi

Salam..
Hanya satu perkongsian utk semua yg singgah di teratak kerdil ini..Selepas menunaikan solat maghrib di masjid smlm, sy ikuti satu ceramah yg disampaikan oleh seorg ustaz dr pondok..sgt menarik kisah yg diceritakan beliau sehingga ada airmata di kalangan jemaah yg menitis kerana terharu dan sedih..mungkin juga kerana muhasabah diri sndri yg byk kekurangan..termasuklah sy..agak malu utk menitiskn airmata sbnrnya,tapi saat kisah itu dilanjutkan dgn brite2 semasa,akhirnya berderai jua..kat sini sy kongsikan sedikit dr ceramah beliau..diharap dptlah mengambil sedikit pengajaran dan ilmu yg berguna utk bekal menuju ke negeri abadi..

Rasulullah SAW ada bersabda, katanya:
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yg di sebelah kanan lebih berkuasa dr yg sbh kiri."

Sekiranya seseorg anak Adam melakukan dosa, maka malaikat yg di sbh kiri akn bertanya pd malaikat yg di sbh kanan, katanya:
"Apakah yg harus aku catit?"

Kata malaikat di sbh kanan:
"Jgn kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yg di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yg harus aku catitkan?' Jawab malaikat kanan,"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akn mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yg lalu sbg tebusan dan kami masih simpankan utknya 5 pahala lg."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau mcm ini smpai bilakah aku dpt merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pd hambanya, kasih sygNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambaNya sj yg lalai dan leka dgn keseronokan serta kemewahan..

No comments:

Post a Comment