.


.


Wednesday, November 18, 2009

Jangan Bersangka-sangka

Manusia hari ini suka bersangka-sangka, ada yang baik sangkaan dan ada yang berburuk sangka..

Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang rehat disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka ingin menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka pura-pura zuhud
Orang yang banyak makan disangka pelahap
Orang yang makan sedikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang yang ceria disangka membela

Wahai sahabatku, ingatlah..
Yang diam itu mungkin berzikir kepada Allah SWT
Mungkin yang senyum itu ikhlas dan dikira sedekah
Mana tahu yang masam itu sedang mengenangkan dosa yang lama
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih minda dan hatinya
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdas akal dan fizikalnya
Sahabatku..
Jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api, satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat..semuanya bergantung kepada bagaimana kita menilainya..

1 comment: