.


.


Saturday, November 21, 2009

Keluasan Neraka

Hakikat neraka Jahannam: Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanNya selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya..

Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan:

Pintu Pertama - pintu terbawah untuk orang2 munafik dan orang2 yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi a.s serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu Kedua - tempat orang2 Musyrikin bernama Jahim.

Pintu Ketiga - tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu Keempat - tempat iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.

Pintu Kelima - untuk orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu Keenam - tempat orang Nasara bernama Sa'eir.

Pintu Ketujuh - Orang2 yang berdosa besar dari umat Muhammad SAW yang sampai mati belum sempat bertaubat.

Hakikat Lagi???
  • Neraka Jahannam itu mempunyai 7 tingkat
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
  • Di bawah mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

No comments:

Post a Comment