.


.



Tuesday, November 24, 2009

Jom Solat, Jangan Tinggal 24434


Antara fadhilat solat:

Hadis 1
Usman r.a diberitakan sebagai berkata,"Allah SWT menganugerahkan sembilan kurnia atas orang yang menjaga solatnya dan mengamat-amati dalam mengerjakannya pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, iaitu:
  • dia dicintai Allah SWT
  • dia menikmati kesihatan
  • selalu dinaungi malaikat
  • rumahnya diberkati
  • nur taqwa bercahaya pada wajahnya
  • hatinya lembut
  • dia akan melintas Titian Siratulmustaqim seperti kilat pantasnya
  • dia diselamatkan dari neraka
  • jiran-jirannya di syurga adalah mereka yang Allah berfirman yang mafhumnya:"Mereka tidak merasa takut dan tidak gundah gulana" (al-Baqarah:38)
Hadis 2
Rasulullah SAW bersabda,"Solat adalah tiang agama dan mempunyai sepuluh fadhilat", iaitu:
  • daya penarik pada wajah
  • teman di dalam kubur
  • jalan turunnya rahmat Allah
  • anak kunci ke syurga
  • timbangan bagi neraca (amalan baik)
  • jalan untuk mendapat keredhaan Allah
  • harga bagi syurga
  • naungan terhadap api neraka
  • seorang yang sangat memberati solatnya, menegakkan Islam
  • seorang yang melengah-lengahkannya, merosakkan Islam
p/s: Setiap dari kita punya kelemahan dan sering melakukan kesilapan, kerana kita hanya seorang manusia..tetapi sesuatu yang dituntut dari kita adalah bila kita melakukan kesilapan, kita diwajibkan segera bertaubat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi..jika kita merasakan atau sudah pun mengatakan seseorang yang kita kenal itu seorang yang jahat, konon alim, adakah kita pasti kita cukup baik dan sempurna untuk menilai saudara kita yang lain? tidak pernahkah kita berfikir bahawa, suatu hari nanti, orang yang kita katakan itu akan menjadi lebih baik dari kita? dan akhirnya kita sebenarnya manusia yang rugi kerana masih tidak menyedari silap diri dan bertaubat..mungkin dia seorang yang baik dan lebih baik dari kita, cuma kita tidak mengetahuinya dan mengenalinya dengan lebih dekat dan dalam..dengan itu, jangan tinggalkan solat kita kerana solat itu tiang agama dan kekuatan setiap dari Muslim hanyalah doa..bukan senjata tajam dan mulut serta lidah yang berbisa..renung2kan lah dan selamat beramal!

    No comments:

    Post a Comment