.


.


Saturday, October 31, 2009

Patut Bersyukur!

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  • untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu mlm, kerana beliau tidur di sisi kita bkn dgn org lain..
  • untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bkn di jalanan berpeleseran..
  • untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan..
  • untuk pakaian kita yg dh tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan..
  • untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap, dan rumah yg perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tmpt tnggl..
  • untuk bunyi bising jiran2, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar..
  • untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian utk dipakai..
  • untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat..
  • untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan..
  • untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup utk meneruskan hr tersebut...

Ijab Yang Terhijab

Selepas akad nikah..

Tempoh bulan madu akan segera berlalu..pelangi yang kelihatan indah di atas kepala kita akan mula berarak ke kepala orang lain..Ingat pesanan ayah ibu sejak dahulu: Kebaikan mesti bermula daripada kita. Hukum lantunan dalam kehidupan tidak akan pernah berubah - orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan adalah orang yang melakukannya. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum. Justeru, jadilah 'tangan itu'..

Memberi akan lebih menggembirakan daripada menerima..Dengan syarat pemberian itu disertai kasih sayang..Sekiranya rumah tanggamu diuji..(ingat ini pasti) dan kau dan pasangan tidak segembira saat ini, renungilah kata-kataku ini:

Itu petanda kau kurang memberi - kasih sayang, perhatian, masa, doa dan segalanya..
Mengapa kurang memberi? Jawabnya, kerana tidak gembira untuk memberi...
Mengapa tidak gembira? Jawabnya, kerana kurangnya kasih sayang..
Kenapa kasih sayang berkurang? Jawabnya, kerana lemahnya iman..
Iman itu sumber kasih sayang..
Iman itu sumbu pada lantera perkahwinan..
Tanpanya, ijab akan terhijab!

Ayat Ayat Cinta

Thursday, October 29, 2009

Ku Pohon

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang...tapi di dalam hati yang terpendam persoalan..perlukah aku khabarkan yang ku alami..apakah akan terjawab semua..perlukah aku bukakan keaibanmu..semuanya terletak dalam hati kecilku....segala kebenaran atau penjelasanku..mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi..oh ku mohon padaMu Tuhan..berikanlah kekuatan..untukku menghadapi semua ini..Tuhan, ku terus berserah..berikan aku hidayah..agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah..

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Jauh Kau Pergi (Tinggal Kenangan) - Saleem


Pernah ada rasa cinta..
Antara kita kini tinggal kenangan..
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu..
Namun tak lagi kan seperti dirimu..
Oh bintangku..
Jauh kau pergi meninggalkan diriku..
Di sini aku merindukan dirimu..
Kini ku cuba mencari penggantimu..
Namun tak lagi kan seperti dirimu..
Oh kekasih..

Wednesday, October 21, 2009

Istilah "Don't judge a book by its cover"


Ungkapan ini kerap didengari..kata2 drpd wanita yg tidak menutup aurat yg sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi dan mendedahkan aurat..

Ada yg berkata begini,"Org yg bertudung byk yg jahat hr ini, berzina, khalwat dan mcm2 lg"..
Ada juga yg berkata.,"Malah,kami juga baik. Kami xkacau org, xmengumpat dan xbuat bnda2 xelok"

Benarkah hujah mereka??? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dlm Islam?? Ada juga yg sudah semakin advance hujahnya lantas berhujah dgn sebuah maksud hadis Nabi SAW yg sahih iaitu:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kpd tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kpd hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal mendengar bagaimana tdapat org yg sewenangnya berhujah dgn hadis utk menyokong nafsunya..Islam digunakan hanya dlm hal yg selari dgn kehendaknya sahaja..
Hakikatnya, sesuatu yg baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya dgn neraca pemikiran kita semata2..Jika merujuk kpd neraca Islam, Nabi SAW pnh bersabda, ertinya:

"Ketahuilah, bhw di dlm diri anak Adam itu ada seketul daging, yg apabila ia baik, maka baiklah seseorg itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorg itu, ketahuilah, ia adalah hati."(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorg boleh dilihat di peringkat pertamanya, iaitu drpd tindak-tanduknya. Ertinya, apabila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yg diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya..Jika tindakan luarannya pula bertetapan dgn kehendak Islam, maka adalah harus ia dianggap baik pd peringkat pertama iaitu neraca luaran org ramai..Adapun baik di peringkat kedua ialah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk2 saja..

Justeru, we can judge a book by its cover in certain cases iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu that cover is reflecting what's inside the heart of a person..

Kaum wanita perlu menyedari bhw dgn pembukaan auratnya, setiap lelaki yg melihatnya akn memperoleh dosa setiap kali dia memandang..Yg beratnya ialah si wanita bkn mendapat satu dosa bg kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yg memandangnya..bayangkanlah berapa byk dosa yg diperoleh hanya dgn pendedahan aurat pd satu hari..ia berdasarkan sabda Nabi SAW yg ertinya:

"Sesiapa yg mempelopori sesuatu yg buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap org yg membuatnya tanpa sedikit kurang pn dosanya." (Riwayat Ahmad dan lain2:Sahih)

Sumber: www.zaharuddin.net

Tuesday, October 20, 2009

Kenapa Perlu Alasan?

Sumber: nuraiman.wordpress.com

Umumnya, manusia suka menggunakan pelbagai alasan sbg satu alat utk melepaskan diri drpd tanggungjawab dan masalah..ini adalah satu penyakit bg manusia dr dulu hingga sekarang..termasuk kita..bukan setakat di dunia saja manusia suka beralasan malahan juga di akhirat iaitu sewaktu berlangsungnya perbicaraan di Padang Mahsyar..

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis manusia..

1) Allah menolak alasan dr org kaya kalau sekiranya ia berkata,"Kekayaan yg aku cari dgn usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.." Firman Allah kpdnya,"Kekayaanmu tidaklah setanding dgn kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikitpun tidak lalai dan lupa dari mengingatiKu.."

2) Allah menolak alasan dr hamba sahaya sekiranya ia berkata,"Aku adalah seorg hamba dan sentiasa terikat kpd suruhan yg menjadikan aku tidak bebas..oleh sbb itu aku tidak berpeluang utk beribadat kpdMu.." Firman Allah kpdnya,"UtusanKu yg bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka mengerjakan ibadatnya kpdKu.."

3) Allah menolak alasan dr org miskin sekiranya ia berkata,"Kemiskinan dan kekurangan yg kami miliki inilah yg menyebabkan kami tidak berpeluang utk beribadat kpdMu." Firman Allah kpdnya,"Kemiskinan yg kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorg utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kpdKu.."

4) Allah menolak alasan dr org yg sdg menderita sakit sekiranya ia berkata,"Penyakit inilah yg menghalang aku dr melakukan sujud kpdMu.." Firman Allah kpdnya,"Penyakitmu tidaklah seteruk spt apa yg dialami oleh hambaKu yg mulia iaitu Nabi Ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dr menyebut namaKu.."

MASIHKAH KITA MAHU BERALASAN..???

Believe in Yourself

Don't you ever wish you were someone else
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself, you'd better off by far
And I hope you always stay the same
Cuz there's nothin 'bout you I would change

I think that you sould be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside
Don't be afraid if you've got something to say
Just open up your heart and let it show you the way

Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through

Thursday, October 15, 2009

9 Sebab Hati Tidak Tenang

1) PEMARAH
  • paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dlm diri manusia..org spt ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..
2) PENDENDAM
  • tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dlm dada..org spt ini sentiasa mencari2 peluang utk membalas dendam hatta secara yg kecil2 sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak org yg didendami itu..sbb itu org pendendam mudah kena sakit jantung..
3) HASAD DENGKI
  • amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan..
4) BAKHIL
  • sentiasa merasakan org lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain2 dr dirinya..contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit..Allah lebih syg org yg fasiq tetapi pemurah tetapi benci org yg abid tetapi bakhil..kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pd org lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melaui makhluk..
5) TAMAK
  • org yg tidak puas dgn yg sedikit nescaya tidak akn puas dgn yg byk kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa byk yg diminum tetap tidak habis juga..ingat! yg dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.. selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin hak org lain di situ)..biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dpt dimanfaatkn..
6) TIDAK SABAR
  • andainya perkara yg kecil pun tidak boleh bersabar apatah lg hal2 yg lebih besar..
7) EGO
  • ibu segala mazmummah..jadi ia membuatkan seseorg paling tidak tenang..org yg memilki sifat ini pantang tercabar dr sudut zahir mahupun batin..kerana semua org ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut..
8) RIAK
  • terseksa sendiri kerana sentiasa tercari2 peluang utk dipuji..sentiasa berlakon2 di dpn org..jika ia dipuji, ia akn menambah amalnya tetapi jika ia dikeji, ia akn mengurangkan amalnya..Allah marah kalau kita riak, takabbur dgn ape yg kita ada..
9) CINTA DUNIA
  • tidak dpt menderita, dpt pun menderita kerana bila sudah dpt susah pula menjaganya..berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jgn diletakkan pd harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh dan solehah)..cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan..jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi2 dan akhirat dibawa mati..Wallahu'alam..

Tuesday, October 13, 2009

5 Wasiat Allah SWT Kepada Rasulullah SAW


Dari Nabi SAW.."Pada waktu malam aku diisraqkan sampai ke langit..Allah SWT telah memberiku lima wasiat..antaranya:
  • Janganlah engkau gantungkan hatimu kpd dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini utk engkau..
  • Jadikan cintamu kpdKu sebab tmpat kembalimu adalah kpdKu..
  • Bersungguh2lah engkau mencari syurga..
  • Putuskan harapan dr makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa mereka..
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullai..
Ibrahim bin Adham berkata,"Telah datang kepadaku beberapa org tetamu,dan aku tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat..aku berkata kpd mereka, berikanlah nasihat yg berguna kpdku, yg akn membuat aku takut kpd Allah SWT.." , lalu mereka berkata,"Kami wasiatkan kpd kamu 7 perkara, iaitu:
  • Org yg banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sgt kesedaran hatinya..
  • Org yg byk makan janganlah kamu harapkan sgt kata2 hikmat drnya..
  • Org yg byk bergaul dgn manusia jgnlah kamu harapkan sgt kemanisan ibadahnya..
  • Org yg cinta kpd dunia jgnlah kamu harapkan sgt husnul khatimahnya..
  • Org yg bodoh jgnlah kamu harapkn sgt akn hidup hatinya..
  • Org yg memilih berkawan dgn org yg zalim jgnlah kamu hrpkan sgt kelurusan agamanya..
  • Org yg mencari keredhaan manusia jgnlah kamu hrpkan sgt akan keredhaan Allah drpdnya..

Sunday, October 11, 2009

Cinta dan Kasih Dalam Islam


Syair Arab menyebut, apabila seseorang yg bercinta ditanya,"Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dgnnya?", maka dijawabnya,"Oh,tidak..kawan sahaja.." atau apa saja alasannya, ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)..
Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yg suci sesuai dgn aturan Allah SWT..Hormat kpd perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yg berkekalan..

Seorg lelaki yg jujur terhadap cinta dan kasih syg yg terjalin terhadap seorg wanita tidak sewenang2nya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya..Wanita bukan objek yg boleh diperalatkan..

Jika ini terjadi, seorg wanita perlu berfikir, apakah pasangan spt ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti..??
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorg dinamakan kekasih, apa kesudahan yg bakal berlaku satu hari nanti..??

Istilah cinta amat popular dan menjalin satu ungkapan setia di bibir2 remaja yg menganggapnya satu kalimah suci dan bererti..Ada yg berbangga memiliki seorg kekasih yg setia dan mula memasang angan2 utk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan..
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lg malah adakalanya membawa kpd sesuatu di luar jangkauan..Cinta perlu difahami..Semestinya seorg remaja perlu memahami kehendak dan definisi yg tepat..
Tanya pd diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup utk menjelaskan maksudnya..??
Allah telah menganugerahkan manusia naluri utk meneruskan keturunan(salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali sbg gharizah Al-Nau'..
Ini merupakan salah satu naluri manusia dr yg tiga iaitu gharizah Al-baqa'(naluri utk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun(naluri utk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau'..
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam..Dlm keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya..Wallahu'alam..

Wednesday, October 7, 2009

Terimalah Taubatku Ya Allah

"Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah, ia berbangga..jika ia ingat kpd dirinya,ia merendah diri..jika ia melihat ayat Allah(al-Quran),ia mengambil iktibar..jika ingin bermaksiat,ia menahan diri..jika ingat kemaafan Allah,ia gembira dan jika ingat dosanya,ia terus memohon keampunan Allah"

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah?" Jawabnya,ada empat tanda iaitu:
  • Putus hubungan dgn kawan yg tidak baik(jahat) dan bersahabat dgn org2 yg soleh
  • Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah
  • Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya,lalu selalu ingat kesusahan di akhirat
  • Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki,lalu sibuk mengerjakan perintah Allah

Abul-Latis Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia..Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan 3 syarat taubat iaitu menyesal dalam hati, niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah..

Sesiapa yg melakukan 3 syarat itu,Allah ampunkan dosa2nya sebelum ia bangun dari tempat duduknya,kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah..

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar,Allah mengampunkan..Namun jika dosa kamu sesama manusia,selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya,tidak berguna taubat bagimu..Wallahu 'alam..

Hadis Mengenai Mimpi

Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya..

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Mimpi seorang mukmin adalah termasuk satu dari empat puluh enam bagian kenabian..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku..

Saturday, October 3, 2009

Ku mencari

Yang dicari..
Walau bukan putera raja,biarlah putera agama..
Yang diimpi..
Biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai..
Bukan sempurna sifat jasmani..
Asal sihat ruhani,sempurna hati..
Yang diharap..
Bukan jihad pada semangat..
Asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang..
Tak perlu rijal yang gemilang..
Kerana aku serikandi dengan silam yang kelam..
Yang dinanti..
Bukan lamaran dengan permata..
Cukuplah akad dan janji setia..
Yang akan terjadi..
Andai tak sama kehendak hati..
Aku redha ketentuan Ilahi..
Itulah ketentuan sejak azali..

Effa : Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan..Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai walaupun kerap dikhianati..Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan...

Sujud Cinta Seorang Hamba

Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu
..