.


.


Wednesday, December 9, 2009

Lucu Tapi Benar Ada HA HA HA

Ada beberapa soalan yang kerap ditanya oleh kawan2 kita..Antaranya yang senang untuk difahami oleh akal yang nakal..

Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas kerrr?"
Anda harus menjawab: "Taklah, aku tengah tunggu helikopter, lambat la plak hari ni ye.."

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ker?"
Anda harus menjawab:"Taklah..aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join..?"

Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik?Tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab:"Oh ye ke?? Aku tak perasan ah..tangan aku bergerak sendiri.."

Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik ker??"
Jawab: "Mata ko buta ke ape? Kan aku tengah minum teh ais ni.."

Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
"Baru balik dari keje?"
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kejelah nie..opis saya dah pindah kat rumah dan rumah saya dah pindah kat opis..."

Anda sedang menonton tv citer melayu, rakan anda datang lalu bertanya:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab: "Bukanlah, ni cerita Otroman Taro menentang raksasa dari planet X..ko tunggu jap nanti otromen kuar.."

Anda sedang menjemur baju dan rakan serumah anda datang menegur dari belakang:
"Jemur baju ke?"
Jawab: "Taklah..kan aku tengah makan nasik ni...nape dengan mata ko?sakit eh?sian.."

Moral of the story: Dah tahu jangan tanya lagi..ha ha ha..
Q&A: Kalau anda berada di tempat si penjawab soalan, apa anda akan jawab?? Jawapan di atas ada yang kasar sikit..

2 comments:

  1. salam ziarah..

    biasanya soalan ni orang tnya untuk rapatkan ukhuwwah..saje je dorg tnya utk bermesra kn?
    tapi, pandangn manusia berbeza, ada yg x suka bila org tnya mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  2. yup..huhu..bagi yang suka bergurau,cmtulah situasinya..kelakar bila diadaptasikan dlm penulisan..kn? :)

    ReplyDelete