.


.


Thursday, December 17, 2009

FOLLOW : 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.

7 sunnah Nabi setiap hari, jagalah ia..
  • Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya
  • Membaca al-Quran sebelum terbit matahari - alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman
  • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh - sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yg mencari org beriman utk memakmurkan masjid
  • Jaga solat dhuha - kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha
  • Jaga sedekah setiap hari - Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari
  • Jaga wudhu terus menerus - kerana Allah menyayangi hamba yg berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abi Talib,"Org yg selalu berwudhu senantiasa ia akn merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dgn dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."
  • Amalkan istighfar setiap saat - dgn istighfar, masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT
Zikir adalah bukti syukur kita kpd Allah..bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dlm melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya..zikir juga merupakan makanan rohani yg paling bergizi, dan dgn zikir berbagai kejahatan dpt ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dr sifat2 yg berpangkal pd materialisme dan hedonisme..


2 comments:

  1. sedap baco blog ni.. semoga x putus asa menulis

    ReplyDelete
  2. em..timo kasih..iAllah akn terus menulis... :)

    ReplyDelete