.


.



Wednesday, October 7, 2009

Terimalah Taubatku Ya Allah

"Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah, ia berbangga..jika ia ingat kpd dirinya,ia merendah diri..jika ia melihat ayat Allah(al-Quran),ia mengambil iktibar..jika ingin bermaksiat,ia menahan diri..jika ingat kemaafan Allah,ia gembira dan jika ingat dosanya,ia terus memohon keampunan Allah"

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah?" Jawabnya,ada empat tanda iaitu:
  • Putus hubungan dgn kawan yg tidak baik(jahat) dan bersahabat dgn org2 yg soleh
  • Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah
  • Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya,lalu selalu ingat kesusahan di akhirat
  • Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki,lalu sibuk mengerjakan perintah Allah

Abul-Latis Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia..Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan 3 syarat taubat iaitu menyesal dalam hati, niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah..

Sesiapa yg melakukan 3 syarat itu,Allah ampunkan dosa2nya sebelum ia bangun dari tempat duduknya,kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah..

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar,Allah mengampunkan..Namun jika dosa kamu sesama manusia,selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya,tidak berguna taubat bagimu..Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment