.


.



Thursday, August 11, 2011

Effa's Diary #16


Dunia sekarang terlalu banyak dugaannya..semakin hari semakin bertambah dugaan..sehingga kini mungkin kita semua masih berdaya untuk mengharungi setiap dugaan yang datang menguji..alhamdulillah..tetapi antara banyak-banyak dugaan yang hadir, ada satu dugaan yang masih sukar untuk kita tempuhi dengan jayanya..apakah ia? Dugaan hati dan perasaan..

Pengalaman diri sendiri.
Dari dulu ana dibesarkan dalam suasana keluarga, saudara-mara yang amat berhati lembut dan sensitif..mudah kasihani orang lain walaupun orang lain itu ada segala-galanya berbanding kami..walaupun hanya seekor semut, kami masih boleh mempunyai rasa kasihan..kasihan untuk 'membunuhnya'..kami biar semut-semut tu keluar selepas 'disuruh' dengan baik...seperti ular yang bertandang ke dalam rumah yang disuruh keluar..tentu pelik kan?tapi itulah kebenarannya...sifat ini diwarisi hampir sepenuhnya dari keluarga sebelah ibu tersayang..ibu sendiri jua memiliki 100% sifat ini...

Terkadangnya disebabkan sifat ini, kami sering melukakan hati sendiri..memendam keinginan sendiri..memendam rasa sedih sendiri tanpa perlu untuk diwar-warkan kepada orang lain walaupun kepada keluarga sendiri..kami lebih banyak menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa perlu membebankan orang-orang tersayang di sekeliling kami..beban itu hanya kami yang tanggung..bukan mereka..kerana kami kasihankan mereka..kasihankan mereka untuk turut merasa sedih dan risau..sifat itu berkekalan hingga kini..

Ikhlas dari hati
Setelah semakin dewasa, kami belajar mengenal hidup yang lebih sempurna dari dulu..lebih lengkap dari dulu..alhamdulillah..Allah telah kurniakan rezeki kepada kami walaupun sedikit demi sedikit..tapi insyaAllah lama-lama jadi bukit kan?Cuma perlu banyak bersabar dan berkorban serta kuatkan usaha..

Yang tersayang
Macammana nak jaga hati sendiri untuk hati yang tersayang? Agak susah dan rumit terkadangnya..sehingga menjerat perasaan sendiri ke lurah kesedihan yang mendalam..banyak perkara perlu diterima sebagai toleransi bersama..tidak semua manusia sama sifatnya..sama keinginannya..sama pemikirannya..oleh sebab itu, kita perlu banyak bersabar..bersabar dalam perkara-perkara yang boleh disabarkan..faham ke? Bagi ana, perkara yang boleh disabarkan itu adalah perkara-perkara yang selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam..selagi tidak melalaikan dari perkara yang lebih penting..itu sahaja..mudah sifirnya.

Doa Untuk Semua
Jika kita merasa gusar dan tidak tenang, seringlah berdoa kepada Yang Maha Mendengar..jika kita merasa keliru dan tidak beryakinan, panjatkanlah doa kepada Yang Maha Mengetahui..jika kita merasa sedih dan kecewa, mengadulah pada Yang Maha Mengasihani dan Yang Maha Penyayang..


1 comment:

  1. ass. visit and follow you here. will you visit and follow me back? it was so pleasure for me. thank you there :D

    ReplyDelete