.


.


Sunday, May 6, 2012

NurKasih Part 12


Usia mengejar dengan derasnya. Bak lintasan cahaya dari langit ke bumi. Masa yang lalu sudah tidak lagi bersama kita hari ini. Malah, kenangan yang terindah jua kenangan yang menggamit jiwa rapuh turut meninggalkan kita.

Apa yang mampu diusahakan hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah impian. Apa kenyataan untuk hidupku hari ini? Apa impian aku untuk hari esok dan hari mendatang? Belum tentu apa lagi.

Hari ini, kenyataannya belum dirasakan pahit. Masih manis seperti semalamnya. Cuma terkadangnya, ada selembar keadaan yang berjaya menjengah ke dalam lubuk hati yang dalam. Lubuk hati yang mencetuskan ketidakgembiraan, kekecewaan, kesedihan dan keletihan. Kelainan rasa meresahkan jiwa dan minda. Moga tidak berpanjangan.

Esok, impian belum pasti jua. Berharap semoga ianya menjadi kenyataan. Berharap agar doa yang tidak putus-putus ini dimakbulkan olehNya. Tanpa sebarang keraguan. Amin.

No comments:

Post a Comment