Alhamdulillah. Itu saja yang dapat ku ucap pada Yang Maha Esa kerana membantu kami membina sebuah masjid. Masjid Perkahwinan. Betapa gembiranya hati tika semua yang diimpikan menjadi kenyataan hasil dari sebuah kesabaran, segunung pengharapan, seluas laut tawakkal tu 'alallah, dan secebis cinta kasih untuk seorang lelaki yang kini sudah bergelar sebagai seorang suami kepadaku. Alam hidupku. Fasa kehidupanku.
Tanggal 03-06-2011 bersamaan 1 Rejab 1432H, tercatit sudah di dalam diariku sebuah permulaan kisah fitrah seorang insan yang bergelar wanita. Aku isterimu abi. Terima kasih untuk hadiah yang paling bermakna itu.
Pesan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yaman, iaitu Al Harith bin Amru.
Dalam wasiat itu, Umamah berkata:
“Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.
Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu."
InsyaAllah. Akanku laksanakan sebaiknya.
Doakanlah kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat kami. Semoga hubungan ini mendapat keredhaan dari Allah SWT. Kepada keluarga, terima kasih kerana merestui hubungan ini. InsyaAllah kami tidak akan persiakan amanah Allah yang teramat sempurna ini. Syukran pada yang membaca diari online ini. Semoga kesemua urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin..
tahniah......
ReplyDeletetima kasih... :) doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat...
ReplyDeleteselamat pengantin baru...moga berkekalan,insyaALLAH segala urusan dipermudahkan...;)
ReplyDelete