.


.


Sunday, September 26, 2010

Bila bapa derhaka kepada anak?

Semua kita tentu pernah mendengar perkataan "Anak Derhaka". Kalau diajukan soalan tentang takrif anak derhaka sudah tentu semua orang mampu menjawabnya dengan tepat.

Namun, ramai manusia tidak sedar terkadang bapa juga boleh menjadi "Bapa Derhaka" kepada anaknya. Betulkah bapa juga boleh menderhakai anaknya?Ya!Untuk menjawab soalan ini elok rasanya kita bawakan sebuah kisah yang pernah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khatab r.a.

Suatu hari telah datang seorang lelaki kepada saidina Umar.Tujuan kedatangannya ialah untuk mengadu perangai anaknya yang selalu melawan dan tidak pernah mendengar kata-katanya. pendek kata,anaknya ini tergolong di kalangan "Anak Derhaka".

Mendengar aduan lelaki tersebut, Saidina Umar terus memerintahkan supaya si anak tersebut datang menghadapnya dengan segera. Setelah anak itu datang, Saidina Umar menasihatkannya supaya jangan menderhakai ayahnya serta diwajibkan ke atas setiap insan mentaati dan menghormati ibu bapanya.

Tiba-tiba si anak tersebut bertanya kepada Saidina Umar, dengan katannya: Wahai Amirul Mukminin!! Apakah anak tidak mempunyai hak yang perlu di tunaikan oleh bapanya?? Jawab Saidina Umar: Bahkan ada. Berkata si anak: Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin???Saidina Umar menjawab: Bapa perlu memilih ibu yang baik (berkhawin dengan perempuan yang solehah), memberi nama anaknya dengna nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran (memberi pendidikan islam yang sempurna).

Berkata si anak: Sesungguhnya bapa saya tidak membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara ini. ibu saya berbangsa Afrika, dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama nama Khunsa (kumbang) dan dia juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pundari Al-Quran.

Saidina Umar lantas menoleh kepada orang yang mengadu tadi sambil berkata: Engkau datang untuk mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah memalukannya sebelum engkau dimalukan..Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment