.


.


Thursday, April 8, 2010

Cari Kehormatan - Halang Kejahatan

Kita tidak boleh takbur dan mencari nama, tetapi kita tidak dilarang berusaha mencari kehormatan dengan memperbaiki budi sendiri. Gila hormat tidak boleh. Tetapi menjadi orang yang terhormat haruslah menjadi tujuan hidup.

Lantaran jasa baik dan budi yang tinggi, kita harus beroleh kehormatan daripada sesama manusia. Kehormatan serta pandangan orang kepada kita dapat mendorong hati berusaha membuat yang lebih indah dan bagus.

Bagaimanapun, apabila kita melangkah dan berhasil, akan ada saja orang yang dengki. Ada yang sayang dan tidak kurang membenci. Orang yang benci itu kerana mengaku kemuliaan dan kehormatan yang kita peroleh serta berusaha menghilangkan rasa hormat itu.

Oleh itu, digalakkan untuk sentiasa berusaha meningkatkan budi pekerti tinggi. Kehalusan dan ketinggian budi pekerti akan membuat lebih ramai orang sayang, begitu juga yang bakal membenci kerana iri hati.
Pepatah Arab berbunyi:
"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Jika tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Kerana orang yang terhormat itu, kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat."

Lantaran menjaga kehormatan dan serangan yang bertubi-tubi timbullah perjuangan sengit, mempertahankan kehormatan sambil menjaga budi pekerti. Perjuanagan itu sulit dan hebat, tetapi jika tidak diteruskan, kita akan menyesal kerana bahagia akan terasa dalam perjuangan tadi.

Sumber: Tasauf Moden oleh Prof Dr Hamka

No comments:

Post a Comment