.


.



Saturday, January 23, 2010

Pesan Mereka

Saiyidina Abu Bakar r.a berkata,"Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
  • Ia akn mati dan hartanya akn diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
  • Hartanya akn diambil secara paksa oleh penguasa yg zalim
  • Hartanya menjadi rebutan orang2 jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula
  • Adakalanya harta itu akn dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yg tidak berguna"
Saiyidina Umar al Khattab r.a  berkata:
  • Org yg banyak ketawa itu kurang wibawanya
  • Org yg suka menghina org lain, dia juga akan dihina
  • Org yg menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  • Barangsiapa menjaga kehormatan org lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
Saiyidina Othman Ibnu Affan r.a berkata,"Antara tanda-tanda orang yg bijaksana itu ialah:
  • Hatinya selalu berniat suci
  • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  • Kedua matanya menangis kerana penyesalan(terhadap dosa)
  • Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
  • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia"
Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata:
  • Tiada solat yg sempurna tanpa jiwa yg khusyu'
  • Tiada puasa yg sempurna tanpa mencegah diri drpd perbuatan yg sia2
  • Tiada kebaikan bg pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran drpdnya
  • Tiada kebaikan bg org yg berilmu tanpa memiliki sifat warak(memelihara diri dan hati dr dosa)
  • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi
  • Nikmat yg paling baik ialah nikmat yg kekal dimilki
  • Doa yg paling sempurna ialah doa yg dilandasi keikhlasan
  • Barangsiapa yg byk bicara, maka byk pula salahnya. Siapa yg byk salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yg hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak. Sedang org yg tidak warak itu bererti hatinya mati.
Wallahu'alam, moga ada manfaatnya..

No comments:

Post a Comment