Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam
pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang
berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan
Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan
amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa
akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa
awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari
Asyura (10 Muharram):
- Melapangkan
masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.
- Memuliakan
fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan
marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.
- Menunjukkan
orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap
kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara
kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
- Mandi
Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat:
"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca
Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang
sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau
telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja
aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
- Menjamu
orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian
orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok
hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu
kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada
neraka.
No comments:
Post a Comment