- Niat yang benar. Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya memperoleh semangat baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.
- Tidak berlebih-lebihan dalam bergurau kerana Islam menuntut agar bersederhana dalam setiap perkara. Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.
- Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun seakdar gurauan.
- Tidak bergurau dalam perkara-perkara serius seperti talak, kahwin, rujuk, semasa menjadi saksi, dan sebagainya.
- Tidak menakut-nakutkan seorang Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Tidak halal bagi seorang Muslim membuat takut bagi seorang Muslim yang lain." (Riwayat Abu Daud)
- Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya aku juga begurau senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar." (Riwayat al-Tabarani)
- Jangan memperlekeh individu tertentu atau kelompok tertentu dengan tujuan untuk bergurau.
- Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk. Allah berfirman yang bermaksud: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka." (Surah al-Isra' 17:53)
- Tidak banyak tertawa. Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah: "Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati." (Riwayat Ibn Majah)
- Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasulullah dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.
Ku bersujud padaMu..
Dan pasrahkan diri dike-Maha-anMu..
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa..
Dan setiap salahku..
Kau jagalah lindungilah cintailah aku..
Setiap detik yang berlalu..
Menghitung diriku..
Bertanya padaku..
Akankah sia-sia bila akhir waktu..
Datang memanggilku..
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku..
Jagalah diriku jagalah diriku..
Lindungi lindungi lindungilah aku ini..
Jagalah cintai lindungi selamatkan..
Ya Allah..
No comments:
Post a Comment