Imam Ibnu Athaillah Askandary telah merumuskan sebagai berikut, yang bermaksud; "Amal-amal lahiriah itu merupakan gambaran-gambaran (bentuk-bentuk) yang berdiri (tanpa nyawa), sedangkan arwahnya ialah keikhlasan yang terdapat dengan tersembunyi di dalam amalan-amalan itu."
Pengertian Kalam Hikmah ini dapat dilihat sebagai berikut:
i. Amal kebajikan apapun hanyalah laksana patung-patung kosong tanpa roh, tiada ertinya dan tidak bermanafaat sama sekali. Hanya amal ibadah yang mengandungi keikhlasan sahaja diterima oleh Allah SWT di akhirat nanti.
ii. "IKHLAS" mempunyai beberapa tingkatan:
a) Ikhlasaashul 'Ibaadi.
Maksud ikhlas ini yang terdapat pada sebahagian besar hamba Allah yang melaksanakan amal-amal kebajikan di mana bersih dari dalam hatinya penyakit riya'. Yakni ia beramal bukan mahu menunjuk-nunjuk, bukan ada maksud untuk duniawi seperti mahu dihormati orang atau sebagainya tetapi melakukan amalan dengan mengharapkan balasan pahala dari Allah SWT dan mohon dijauhkan oleh Allah dari segala azab siksa di dunia atau di akhirat. Ikhlas yang begini merupakan keikhlasan tingkat yang terendah dari semua tingkatan keikhlasan.
b) Ikhlasaashul Muhibbiina.
Keikhlasan dalam tingkatan ini adalah di atas nilai keikhlasan Al-'Ibaad. Yang dimaksud dengan keikhlasan Muhibbiin ialah bahawa beramal ibadah itu bukanlah maksudnya kerana mendapatkan pahala Allah dan bukan juga untuk menjauhi dari seksaan dan azab, tetapi tujuan beramal ibadah itu semata-mata untuk membesarkan Allah dan mengagungkanNYA. Sebab itu wali terkenal Rabi'ah Al-'Adawiyah berkata, maksudnya; "Aku tidak menyembah Engkau (ya Allah) kerana takut dari nerakaMU, dan pula tidak menyembah Engkau kerana menghendaki syurgaMU."
Keikhlasan ditingkatan ini tidak lagi dipengaruhi oleh hawa nafsu untuk dunia atau akhirat. Sekiranya masih lagi mengharapkan kesenangan dan kebahagiaan di hari akhirat maka keikhlasan ini belum mencapai ke tingkatan ikhlasaashul Muhibbiin.
Menurut bait syair Rabi'ah Al-'Adawiyah,
"Semua mereka menyembah Engkau (ya Allah) kerana takut pada neraka dan mereka melihat keuntungannya yang besar pada terlepas dari siksaan-siksaan.
Atau mereka bermaksud supaya dapat mendiami syurga-syurga, maka mereka beruntung mendiami istananya dan dapat minum salsabil air bening dari sungai syurga.
Tidak adalah erti keuntungan bagiku dengan mendapatkan syurga dan jauh dari neraka, kerana aku tidak menghendaki ganti (dengan apa pun saja) selain dengan cintaku (kepada Allah SWT) "
c) Ikhlasashul 'Aarifiina.
Tingkatan keikhlasan tertinggi, merupakan keihklasan sejati yang tertinggi. Hamba Allah yang beramal diperingkat ini, mereka beramal sudah tidak lagi melihat kepada diri mereka, tetapi tertuju kepada Allah yang maha Esa, baik dalam geraknya ataupun dalam dalam diamnya. Betul-betul merasai pengertian hakiki seperti di dalam kalimat : "Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi yang Maha Agung."
Tujuan beramal di sini semata-mata untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Bermula Tashihul Iradah (memperbaiki tujuan hati supaya menjurus kepada Allah), meningkat kepada Lillaahi Ta'ala adalah sifat setiap ahli ibadah, tetapi ikhlas ditingkatan ini adalah Billaahi Ta'ala, sifat orang yang beribadah semata-mata menuju Allah.
Beza beramal Lillaahi Ta'ala ialah mendirikan dengan baik hukum-hukum lahiriah, dengan beramal Billaahi Ta'ala ialah mendirikan kebaikan yang terkandung dalam hati yang bersih demi untuk tujuan berhampir kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh Ulamak sufi: "Betulkanlah amalan anda dengan ikhlas dan betulkanlah keikhlasan anda dengan melepaskan diri dari daya dan kekuatan (makhluk)."
Kesimpulan:
Apabila kita ingin supaya amal ibadah kita diterima oleh Allah, maka ikhlas adalah roh dan jiwa dari amal-amal kebajikan. Allah akan menilai amal kebajikan kita dengan penilaian yang rendah, tinggi dan tertinggi sesuai dengan dangkal dan dalamnya keikhlasan kita dalam beribadat.
Beramallah dengan ikhlas. Itulah yang diperintah Allah kepada seluruh hambaNya, sebagaimana firmanNYA di dalam Al-Quran bermaksud : "Dan mereka hanya diperintahkan untk menyembah Allah dengan tulus-ikhlas, beragama untuk Allah semata-mata, berdiri lurus menegakkan sembahyang dan membayar zakat, itulah agama yang sebenar-benarnya." (Surah Al-Baiyinah, ayat 5).
Mudah-mudahan kita selalu dikurniakan oleh Allah dengan melaksanakan amal-ibadah apa saja dengan keikhlasan yang betul-betul menurut perintah Allah. Amin..
Sumber : Karangan Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary
Apabila tampak ada kekeliruan dari temanmu, maka bersikaplah kepadanya seolah-olah tidak mengetahui kekeliruannya sebagai sikap maaf dirimu terhadap kekeliruannya...
Lihat pada permukaan.. Nampaknya terlalu tenang.. Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan.. Perlukah aku khabarkan yang ku alami.. Apakah akan terjawab semua.. Perlukah aku bukakan keaibanmu.. Semuanya terletak dalam hati kecilku.. Segala kebenaran atau penjelasanku.. Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi.. Ku mohon padaMu Tuhan.. Berikanlah kekuatan.. Untukku menghadapi semua ini.. Tuhan ku terus berserah.. Berikan aku hidayah.. Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah..
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali kepadaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Ku bersujud padaMu.. Dan pasrahkan diri dike-Maha-anMu.. Ku berlindung selalu pada dosa-dosa.. Dan setiap salahku.. Kau jagalah lindungilah cintailah aku..
Setiap detik yang berlalu.. Menghitung diriku.. Bertanya padaku.. Akankah sia-sia bila akhir waktu.. Datang memanggilku.. Kau jagalah lindungilah selamatkan aku..
Jagalah diriku jagalah diriku.. Lindungi lindungi lindungilah aku ini.. Jagalah cintai lindungi selamatkan.. Ya Allah..
MY ISLAM
Pertama kali aku tergugat Dalam setiap kata yang kau ucap Bila malam telah datang Terkadang ingin ku tulis semua perasaan
Kata orang rindu itu indah Namun bagiku ini menyiksa Sejenak ku fikirkan Untuk ku benci saja dirimu Namun sulit ku membenci
Pejamkan mata bila Ku ingin bernafas lega Dalam anganku aku berada di satu persimpangan Jalan yang sulit ku pilih
Ku peluk semua indah hidupku Hikmah yg ku rasa sangat tulus Ada dan tiada cinta Bagiku tak mengapa Namun ada yang hilang separuh diriku
Lewat ini ku rasakan Kasih kian ku dambakan Resah hati yang ku pendam Pada takdir dan harapan Detik waktu dan suratan Siapa tahu ketentuan Ku mencari cahayanya Dalam bayang kegelapan Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan prjalanan Dalam maya kesamaran Aku kembali Kerana masih mencari yang hakiki Sinar pasti Janji suci yang abadi
Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan..dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.. *********************** Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,membuat orang yang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.. *********************** Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.. *********************** Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.. *********************** Jika kita membuat sesuatu,kita akan cari jalan. Jika kita tidak mahu membuat sesuatu,kita akan cari alasan.. *********************** Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya,menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya~Saidina Ali *********************** Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup,tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati,tetapi mati itulah untuk hidup.. *********************** Semoga kita memperoleh cukup kebahagiaan,cukup dugaan untuk membuat kita kuat,cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang terbaik dan cukup harapan untuk membuat kita berbahagia.. *********************** Sebaik-baiknya sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda.. *********************** Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.. *********************** Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian.. *********************** Mensyukuri nikmat akan meghapuskan bencana, meninggalkan dosa adalah kehidupan hati, dan mengalahkan nafsu adalah kelazatan orang-orang besar.. *********************** Tanda kebodohan adalah menyia-nyiakan waktu, menangguh-nangguhkan taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua ibubapa, dan menyebarkan rahsia.. *********************** Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh.. *********************** Empat hal yang mendatangkan kebahagiaan, iaitu buku yang bermanfaat, anak yang berbakti, isteri yang dicintai dan kawan yang soleh. Dan Allah lah yang menggantikan seluruhnya.. *********************** Rasulullah SAW bersabda - Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu.. *********************** Kirimkan surat pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan airmatamu sebagai dakwatnya, kedua pipi sebagai kertasnya, kepasrahan sebagai setemnya, dan Arasy Ilahi sebagai alamat(tujuannya). Setelah itu, tunggulah jawapannya..
No comments:
Post a Comment