Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Janganlah ingin menjadi seperti org lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yg diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yg adil dan sesuai dgn perintah Allah). Kedua, org yg diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada org lain." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing2..tetapi apa yg kita inginkan dlm hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan org yg kaya harta dan menafkahkan hartanya di jln Allah adalah seperti benih yg menumbuhkan tujuh butir..pada setiap butir terdapat seratus biji..hakikatnya,kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang..tidak semestinya yg kaya kurang imannya dan yg miskin pula kuat imannya atau juga sebaliknya..
Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata Sayyidina Ali:
"Ilmu akan menjaga dirimu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya."
Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya..kaya harta dan kaya ilmu..kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yg diredhaiNya..
No comments:
Post a Comment