.


.



Tuesday, December 22, 2009

10 Jenis Solat REJECTED

Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg memelihara solat, maka solat itu sbg cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yg tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:
  • Orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu
  • Orang lelaki yg mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
  • Orang lelaki yg menjadi imam, padahal org yg menjadi makmum membencinya
  • Orang lelaki yg melarikan diri
  • Orang lelaki yg minum arak tanpa mahu meninggalkannya(taubat)
  • Orang perempuan yg suaminya marah kepadanya
  • Orang perempuan yg mengerjakan solat tanpa memakai tudung
  • Imam atau pemimpin yg sombong dan zalim menganiaya
  • Orang2 yg suka makan riba'
  • Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Barangsiapa yg solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap org yg tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilepmarkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

No comments:

Post a Comment