.


.



Tuesday, December 29, 2009

15 Maksiat Yang Mengundang Bala


Maksud hadis: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda,"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar kpd org2 tertentu
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami yang menuruti kehendak isteri
  • Anak derhaka kepada ibunya
  • Sedangkan ia berbaik2 dgn kawannya
  • Ia suka menjauhkan diri drpd ayahnya
  • Suara sudah ditinggikan dlm masjid
  • Yang menjadi ketua satu kaum adalah org yg terhina di antara mereka
  • Seseorang yg dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  • Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat
  • Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
  • Para artis disanjung(menjadi pujaan)
  • Muzik banyak dimainkan
  • Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama(sahabat)"
"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain." Hadis Riwayat Tarmizi
Dipetik drpd buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi

Thursday, December 24, 2009

Effa's Diary #7

Setelah Allah SWT mengampunkan kita, jiwa akn rs tenang, aman dan tenteramnya hati..tetapi sebagai manusia, sudahkah kita memaafkan kesalahan org lain terhadap kita, terutama musuh kita? Beranikah kita menghakis bersih dr persada hati perasaan dendam kerana kesalahan teman dan saudara yg sengaja dan tak sengaja? Ingatlah:
Membalas kebaikan dgn kejahatan adalah serendah2 budi pekerti
Membalas kejahatan dgn kejahatan bukanlah perikemanusiaan
Membalas kebaikan dgn kebaikan adalah kebiasaan
Tetapi membalas kejahatan dgn kebaikan adalah cita dan cinta kemanusiaan yg setinggi2nya

Patutnya kita hidup dan bercita2 sedemikian, iaitu membalas kejahatan dgn kebaikan..sematkan di dlm diri kita utk mencapai kemuliaan sejati..mmg sakit dan perit di jiwa kita utk membalas kejahatan org dgn kebaikan kita..di dlm batin kita amat hebat gelora perjuangan antara nafsu jahat dgn budi mulia..

Nafsu amarah membayangkan penderitaan kita kerana kesalahannya terhadap kita, kerugian kita kerana teraniaya..jika kita memaafkan dia, untunglah dia tapi di sinilah letaknya ketinggian budi dan kemuliaan insani muslim yg sejati..memaafkan perbuatan jahat org terhadap kita, kemudian diberikan balasan kebaikan adalah kemenangan budi yg mulia..tewaslah nafsu serakah manusia kerana ketinggian budi kita, teman terhindar dr dosa..musuh mungkin bertukar menjadi teman karib dan setia..bkn mustahil jika diizin Allah Azzawajalla..bagi kita, harga diri naik setingkat lagi dan kehidupan sentiasa mewangi serta terbentuklah kekuatan peribadi..

Seorang pujangga Arab pernah berkata:
"Cubalah simpulkan kembali tali persaudaraan yg tlh putus, jalinkan semula ikatan persahabatn yg terungkai, maafkan kesalahan org terhadap anda, nescaya dpt dirasai nikmat kemanusiaan dan kemanisan jiwa."
Kata Lokman Hakim:
"Tak dpt dikenal kemanusiaan seseorg melainkan pd 3 situasi. Dikenal pemaaf ketika dia marah, dikenal berani ketika di medan juang, dikenal sahabat sejati ialah ketika dlm kesusahan."
Tetapi secara peribadi, saya lebih suka kepada teman2 dan sahabat2 atau kawan2 yang bila dia marah, dia menjaga tutur kata, lisannya, bahasanya, kerasionalannya sebagai org dewasa, sbg org yg berilmu, dan yg paling penting sbg seorg yg mengaku dirinya adalah org Islam..
Tahun baru, azam baru, dunia baru, harap jua Iman yang semakin diperbaharui, semakin elok rupanya..Salam Dunia dan Akhirat buat semua..Salam Awal Muharram 1431H dan Selamat Tahun Baru 2010..

Wednesday, December 23, 2009

Muhasabah Sejenak

Kita sebenarnya
Lebih gembira menyambut 1hb Januari drpd 1 Muharram
Kita sebenarnya
Lebih tahu apa itu 14 Februari drpd 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad drpd hari Jumaat
Kita sebenarnya
Lebih khusyuk mendengar lagu drpd azan
Kita sebenarnya
Lebih suka lepak, tidur, tengok TV drpd sembahyang
Kita sebenarnya
Lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama-nama Nabi Allah
Kita sebenarnya
Lebih suka menyebut hello!..hai! drpd Assalamualaikum
Kita sebenarnya
Lebih suka menyanyi dangdut drpd berwirid, bertahmid
Kita sebenarnya
Lebih suka memuji manusia drpd Tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya
Lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku2 agama
Kita sebenarnya
Lebih suka ke konsert, karaoke, drpd ceramah2 agama
Kita sebenarnya
Lebih suka mencarut, @#*@!! drpd menyebut MasyaAllah
Kita sebenarnya
Lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan
Kita sebenarnya
Lebih suka bercakap bahasa kasar drpd berbicara sopan
Kita sebenarnya
Lebih suka memaki, mengumpat org drpd memuji mereka
Kita sebenarnya
Lebih bangga dgn kejahilan kita drpd syukur dgn keimanan kita
Kita sebenarnya
Lebih cintakan urusan dunia drpd urusan akhirat

TETAPI bila org tanya arah tujuan kita, kita pasti akn jwb yg kita sebenarnya..
Kita sebenarnya..lebih suka menuju ke syurga drpd ke neraka..
Layakkah kita dgn syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yg kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akn dibalasi melainkan sebanding dgn kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yg soleh baik lelaki mahupun perempuan sedang ia dlm keadaan beriman, maka mereka akn masuk syurga, mereka diberi rezeki di dlmnya tanpa dihisab."
(Surah al-Mu'min : ayat 39-40)

Tuesday, December 22, 2009

Effa's Diary #6


Kekaburan alam tika ini terasa..satu penantian pada suatu ketika..yang penuh dengan dugaan yang merantaiku..adakah mampu aku terus mengharungi..lembah yang berduri kian menusuk hati..tiada kata yang pasti..takku temui..Tuhanku titiskanlah rahmatMu yang teragung..menerangi kalbuku..cinta suci bersama ke akhir hayatku..kan ku tunggu..pencarianku hingga ke sudut dunia..mengenal kasih yang tiada batasannya..pengorbananku menanti istana pasti..Tuhanku  titiskanlah rahmat yang teragung..menerangi kalbuku..cinta suci biarkanlah ku pergi..menanti pelukanmu..
Sedihku..sakitku
Ku terima
Ku rela..ku pasrah jalanMu
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmatMu ku memohon
Ya Allah..redhai ketulusan hati
Ya Allah..beri aku ketabahan
Ya Allah..aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu ya Allah
Di dunia yang sarat dugaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia
Dunia akhirat
Turunkan rahmatMu untukku

10 Jenis Solat REJECTED

Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg memelihara solat, maka solat itu sbg cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yg tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:
  • Orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu
  • Orang lelaki yg mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat
  • Orang lelaki yg menjadi imam, padahal org yg menjadi makmum membencinya
  • Orang lelaki yg melarikan diri
  • Orang lelaki yg minum arak tanpa mahu meninggalkannya(taubat)
  • Orang perempuan yg suaminya marah kepadanya
  • Orang perempuan yg mengerjakan solat tanpa memakai tudung
  • Imam atau pemimpin yg sombong dan zalim menganiaya
  • Orang2 yg suka makan riba'
  • Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Barangsiapa yg solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap org yg tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilepmarkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

9 Jenis Syaitan

Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan..
  • Zalittun - duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu
  • Wathiin - pergi kepada org yg mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah
  • A'awan - menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dgn kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama
  • Haffaf - berkawan baik dgn kaki botol. Suka menghampiri org yg berada di tempat2 maksiat (contoh:disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras)
  • Murrah - merosakkan dan melalaikan ahli dan org yg sukakan muzik sehingga lupa kpd Allah. Mereka ini tenggelam dlm keseronokan dan glamour
  • Masuud - duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg mula dari kata2 mulut
  • Daasim - duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk rumah, ia akn bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak2 didera dan lain2 lagi)
  • Walahaan - menimbulkan rasa was-was dlm diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat2 kita yg lain
  • Lakhuus - merupakan sahabat org Majusi yg menyembah api/matahari

    Monday, December 21, 2009

    Pilih Yang Mana atau Keduanya

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
    Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
    "Janganlah ingin menjadi seperti org lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yg diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yg adil dan sesuai dgn perintah Allah). Kedua, org yg diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada org lain." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

    Setiap perbuatan ada matlamatnya masing2..tetapi apa yg kita inginkan dlm hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan org yg kaya harta dan menafkahkan hartanya di jln Allah adalah seperti benih yg menumbuhkan tujuh butir..pada setiap butir terdapat seratus biji..hakikatnya,kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang..tidak semestinya yg kaya kurang imannya dan yg miskin pula kuat imannya atau juga sebaliknya..

    Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata Sayyidina Ali:
    "Ilmu akan menjaga dirimu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya."
    Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya..kaya harta dan kaya ilmu..kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yg diredhaiNya..

    Thursday, December 17, 2009

    FOLLOW : 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

    "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."
    Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan.

    7 sunnah Nabi setiap hari, jagalah ia..
    • Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya
    • Membaca al-Quran sebelum terbit matahari - alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman
    • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh - sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yg mencari org beriman utk memakmurkan masjid
    • Jaga solat dhuha - kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha
    • Jaga sedekah setiap hari - Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari
    • Jaga wudhu terus menerus - kerana Allah menyayangi hamba yg berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abi Talib,"Org yg selalu berwudhu senantiasa ia akn merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dgn dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."
    • Amalkan istighfar setiap saat - dgn istighfar, masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah SWT
    Zikir adalah bukti syukur kita kpd Allah..bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dlm melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya..zikir juga merupakan makanan rohani yg paling bergizi, dan dgn zikir berbagai kejahatan dpt ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dr sifat2 yg berpangkal pd materialisme dan hedonisme..


    Monday, December 14, 2009

    Effa's Diary #5


    Hilangkan rasa ujub pada diri sendiri..
    Hati manusia berubah-ubah..ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu..hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas..oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU.." (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)..

    Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak..jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya..

    Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah, maka rasa ujub akan menguasai diri..boleh jadi kita akan berkata,"Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya..betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku..!"
    UJUB
    Satu sifat di mana seseorang itu merasa dirinya lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dan senang dengan dirinya, senang dengan yang diucapkannya, yang diperbuatnya hingga meremehkan orang lain..
    Antara jenis Ujub:
    • Ujub dengan fizikal - merasa diri lebih baik, lebih cantik, lebih segala2nya
    • Ujub dengan kekuatannya - merasa diri lebih kuat hingga tidak perlu bantuan org lain
    • Ujub dengan intelektual - merasa diri lebih cerdas, lebih pintar
    • Ujub dengan nasabnya - merasa golongannya lebih baik
    • Ujub dengan harta - merasa dirinya lebih kaya, lebih mampu
    • Ujub dengan pendapat yang salah - merasa dirinya paling benar meskipun sebenarnya salah
    Cara2 hindar dari Ujub:
    • Selalu ingat akan hakikat jiwa manusia
    • Selalu ingat akan hakikat dunia dan akhirat
    • Selalu ingat akan nikmat2 Allah
    • Mengingat mati
    • Tadabbur ayat2 al-Quran
    • Selalu ingat dgn orang2 yg sakit atau lebih rendah atau di bawah kita
    • Memutuskan hubungan dgn orang2 yang membanggakan dirinya dan mencari orang2 yang baik, selalu mengingat Allah dan zuhud
    • Berdoa kepada Allah agar kita terhindar dari sifat ini
    Na'uzubillah..

    Saturday, December 12, 2009

    Jika Boleh Jadi Lebih Baik

    Nasihat dan tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk kita sentiasa bersangka baik sesama insan:

    Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu
    Ucapkan dalam hatimu: "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.."

    Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
    "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.."

    Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
    "Dia telah beribadah keapda Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.."

    Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
    "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku kecapi, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.."

    Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
    "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahuinya akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.."

    Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
    "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk..Na'uzubillah"

    Sahabat, bagaimana mungkin hidup kita ini akan tenang kalau di dalam hati masih tersimpan kebencian dan rasa permusuhan kepada sesama Muslim..perhatikan keluarga kita, kaum yang paling kecil di masyarakat..bila di dalamnya ada beberapa orang saja yang sudah tidak saling tegur sapa, saling menjauhi, apalagi kalau di belakang sudah saling mengata dan memfitnah, maka rahmat Allah akan dijauhkan dari rumah tersebut..dalam skala yang lebih luas, dalam lingkup sebuah negara, bila di dalamnya sudah ada kelompok yang saling membenci, saling fitnah, atau saling menjatuhkan, maka dibimbangi jika bangsa dan negara tersebut akan terputus dari rahmat dan pertolongan Allah SWT..

    Untitled

    I open my eyes..
    I try to see but I'm blinded by the white light..
    I can't remember how..
    I can't remember why..
    I'm lying here tonight..
    And I can't stand the pain..
    And I can't make it go away..
    No I can't stand the pain..
    How could this happen to me..
    I've made my mistakes..
    I've got no where to run..
    The night goes on..
    As I'm fading away..
    I'm sick of this life..
    I just wanna scream..
    How could this happen to me..
    Everybody's screaming..
    I try to make a sound but no one hears me..
    I'm slipping off the edge..
    I'm hanging by a thread..
    I wanna start this over again..
    So I try to hold onto a time when nothing mattered..
    And I can't explain what what happened..
    And I can't erase the things that I've done..
    No I can't..

    Wednesday, December 9, 2009

    Cahaya Hati - Opick

    Allah Engkau dekat
    Penuh kasih sayang
    Takkan pernah engkau biarkan hambaMu menangis
    Kerna kemurahanMu
    Kerna kasih sayangMu
    Hanya bila diriMu
    Ingin nyatakan cinta
    Pada jiwa yang rela dia kekasihMu
    Kau selalu terjaga yang memberi segala
    Allah Rahman Allah Rahim
    Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
    Di setiap nafas di segala waktu
    Semua bersujud memuji memuja asmaMu
    Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
    Setiap makhluk bergantung padaMu
    Dan bersujud semesta untukMu
    Setiap wajah mendamba cintaMu cahayaMu

    p/s: antara lagu Opick yang sangat menyentuh rasa hati ini..

    Lucu Tapi Benar Ada HA HA HA

    Ada beberapa soalan yang kerap ditanya oleh kawan2 kita..Antaranya yang senang untuk difahami oleh akal yang nakal..

    Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
    "Tunggu bas kerrr?"
    Anda harus menjawab: "Taklah, aku tengah tunggu helikopter, lambat la plak hari ni ye.."

    Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
    "Ko nak mandi ker?"
    Anda harus menjawab:"Taklah..aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join..?"

    Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
    "Aik?Tulis surat nampak?"
    Anda harus menjawab:"Oh ye ke?? Aku tak perasan ah..tangan aku bergerak sendiri.."

    Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
    "Makan nasik ker??"
    Jawab: "Mata ko buta ke ape? Kan aku tengah minum teh ais ni.."

    Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanya:
    "Baru balik dari keje?"
    Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kejelah nie..opis saya dah pindah kat rumah dan rumah saya dah pindah kat opis..."

    Anda sedang menonton tv citer melayu, rakan anda datang lalu bertanya:
    "Eh citer melayu ke?"
    Jawab: "Bukanlah, ni cerita Otroman Taro menentang raksasa dari planet X..ko tunggu jap nanti otromen kuar.."

    Anda sedang menjemur baju dan rakan serumah anda datang menegur dari belakang:
    "Jemur baju ke?"
    Jawab: "Taklah..kan aku tengah makan nasik ni...nape dengan mata ko?sakit eh?sian.."

    Moral of the story: Dah tahu jangan tanya lagi..ha ha ha..
    Q&A: Kalau anda berada di tempat si penjawab soalan, apa anda akan jawab?? Jawapan di atas ada yang kasar sikit..

    Tuesday, December 8, 2009

    Sekelumit Rasa

    Kehadiran cinta dalam jiwaku..
    Tak sanggup ku lukiskan dengan kata-kata..
    Pencarianku tentang cinta..
    Sudah membuat hatiku resah dan bahagia..
    Namun hingga kini aku masih belum mengerti..
    Erti kedekatanku pada cinta..
    Ku bilang cinta tapi aku tidak peduli..
    Namun cinta sudah menggetarkan jiwa dan menguras airmata..
    Banyak hal yang sudah ku lepaskan untuk cinta..
    Walau semua itu belum cukup untuk menggapainya..
    Bagai keldai bodoh..
    Lagi-lagi aku belum sanggup untuk memahami cinta..
    Airmata mengalir mendengar cinta..
    Kerinduan yang tak terlukiskan datang mendera..
    Hatipun bergetar menjadi gelisah..
    Betapa aku tak sanggup menterjemahkannya..
    Aku hanya bisa bersimpuh padaNya..
    Agar cinta benar-benar ada..

    Sunday, December 6, 2009

    Effa's Diary #4

    Dalam hidup, terkadang kita salah mentafsir..salah mengerti dan memahami..salah menduga..salah perilaku..ada satu kata-kata hikmah yang sehingga kini dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari..
    Berhati2 dgn pemikiran kamu, kerana ia akn melahirkan perkataan..
    Berhati2 dgn perkataan kamu, kerana ia akn melahirkan perbuatan..
    Berhati2 dgn perbuatan kamu, kerana ia akn melahirkan tabiat..
    Berhati2 dgn tabiat kamu, kerana ia akn membentuk karakter kamu..
    Berhati2 dgn karakter kamu, kerana ia akn menentukan destinasi kamu,kegembiraan atau kecelakaan..

    Tetapi kenapa, terkadangnya, diri kerap terleka..walau tidak jatuh pada  hina dan dosa, tapi adakalanya gagal mengawalnya dan agak kecundang dalam menjadikan setiap yang hadir dalam hidup ini, yang terbaik..

    "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui segenap zahir dan batinku dan tidak ada satu urusan pun dari setiap urusanku yang tersembunyi olehMu..Berikanlah aku petunjuk seandainya pilihan ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku pada masa kini dan akan datang."

    Curahan Rasa - XPDC

    Tika begini
    Aku juga mengerti
    Perasaanku terganggu
    Malam penuh dengan bintang
    Indah khabar rupamu
    Menawan setiap waktu
    Apa lagi yang dinantikan
    Bukan bertepuk sebelah tangan
    Cintaku tidak
    Aku pastikan sampai tujuan
    Berarak mendung bintang
    Berlagu sepi semalam
    Aku hanya seorang insan
    Tak mampu keajaiban
    Jika perlu ku kau tinggalkan
    Demi relakan kemanusiaan
    Sejernih kasih
    Selembut sinar mutiara
    Belaian kau yang lembut
    Tak dapat aku melupakan
    Sentuhan kasih
    Irama merdu dalam dakapan
    Suara yang membisik
    Bagai gelora menghempas pantai


    Wednesday, December 2, 2009

    Effa's Diary #3


    "Berilah kemaafan, mungkin ini tidurmu yang terakhir"

    Rasulullah SAW mengumpamakan tidur itu sebagai "mati kecil"..kerana itulah agaknya kenapa kita disunatkan untuk berwuduk, berzikir, beristighfar, memaafkan kesalahan orang dan berwasiat sebelum tidur..saya terfikir, apakah salah2 saya pada kawan2 yang saya kenali dan juga pada mereka yang saya tidak kenali tetapi mungkin ada di antaranya telah tercalar hati dengan tidak saya sengajakan..jikalau ada, maafkan aku wahai teman..tidurnya saya malam ini, manalah tahu, entah2 tidur ini adalah tidur yang terakhir, tidur yang penghabisan..

    Antara wasiat Luqmanul Hakim kpd anaknya:
    "Wahai anakku, kalau engkau meragui benarnya mati itu, maka janganlah kamu tidur. (Namun) Sepertimana engkau akan tertidur juga akhirnya kerana terlalu mengantuk), maka demikian jugalah dengan kematian. Dan apabila engkau meragui pula benarnya hari kebangkitan, maka janganlah(sekali-kali) engkau cuba bangun dari tidurmu(namun nescaya engkau akan terjaga juga dari tidurmu), maka demikianlah juga dengan hari kebangkitan. Kamu akan dibangkitkan selepas kematianmu."

    "Ya Allah ya Tuhanku, jika tidurku ini tidur yang penghabisan, maka ampunkanlah segala dosaku, maafkan segala kesalahanku dan redhalah pada diriku.."

    Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah(kerongkong) kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita..Jadi, bertaubatlah..