.


.



Wednesday, November 11, 2009

Lelaki DAYUS

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akn menjadi DAYUS apabila:
  • Membiarkn kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau di luar rumah..
  • Membiarkan isterinya balik lewat dr kerja yg tidak diketahui bersama dgn lelaki apa dan siapa, serta apa yg dibuatnya di pejabat dan siapa yg menghantarnya pulang..
  • Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yg menyebabkn auratnya terlihat..
  • Membiarkn anak perempuannya ber'dating' dgn tunangnya atau teman lelaki bkn mahramnya..
  • Membiarkan anak perempuan berdua2 dgn pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'spoting' yg memahami..
  • Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dgn anak perempuan dan isteri memakai pakaian yg seksi di luar rumah..
  • Membiarkn anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor dan lain2 yg sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kpd jutaan manusia bkn mahram..
  • Membiarkn isteri atau anaknya mjadi pelakon dan berpelukan dgn lelaki lain, kononnya ats dasar seni dan lakonan semata2. Adakah semasa berlakon nafsu seorg lelaki dihilangkn? Tidak sekali2..
  • Membiarkn isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dgn sempurna..
  • Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sbb yg diiktiraf oleh Islam spt menyelamatknnya dr lemas dan yg sepertinya..
  • Membiarkan isterinya bersalin dgn dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yg tiada pilihan..
  • Membawa isteri dan anak perempuannya utk dirawati oleh doktor lelaki sedangkn wujudnya klinik dan hospital yg mempunyai doktor wanita..
  • Membiarkn isteri pergi kerja menumpang dgn teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu..
  • Membiarkan isteri kerap berdua2an dgn pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian..
Terlalu byk lagi..kedayusan ini hanya akn sabit kpd lelaki jika semua maksiat yg dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kpd dirinya..
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg ertinya:
"Tiga golongan yg Allah tidak akn melihat(bermakna tiada bantuan dr dikenakan azab) mereka di hari kiamat: Si penderhaka kpd ibubapa, si perempuan yg menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" (Riwayat Ahmad & An-Nasaei: Albani megesahkannya Sahih: Ghayatul Maram, no 278)

Dayus adalah berdosa besar
Ulama Islam juga bersetuju utk mengkategorikn dayus ini dlm bab dosa besar, sehingga disebutkn dlm satu athar yg ertinya:
Allah tlh melaknat lelaki dayus(laknat bmakna ia adalah dosa besar dan krn itu wajiblah dipisahkn suami itu dr isterinya dan diharamkn bgaul dgnnya)(Matalib uli nuha, 5/320)
Walaupn bkn satu fatwa yg terpakai secara meluas, tetapi ia cukup utk menunjukkn betapa tegasnya sebahagian ulama dlm hal kedayusan lelaki ini..

Awas wahai lelaki beriman..! Jgn termasuk dlm golongan yg bdosa besar ini..
Wahai para isteri anak perempuan, jika kita sygkn suami dan ayah kita, jgnlah kita memasukkn mereka dlm kategori DAYUS yg tiada ruang utk ke syurga Allah SWT..
Akhirnya, wahai suami dan ayah, pertahankn agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda yg ertinya:
"Barangsiapa yg mati dibunuh krn mempertahankn ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad, Solih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Sumber: www.zaharuddin.net

No comments:

Post a Comment