Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tidak diterima..
Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan untuk dicintai..
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita di saat itu juga..
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima..
Tapi..lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai..
Keinginan itulah yang memberikan pahit yang menghiris dada..
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu..
Jangan siakan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu dipikul bahu..
Keinginan memiliki mungkin tidak kesampaian..
Tapi..Percayalah pada diri..
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya, takkan pernah bertepuk sebelah tangan..
Cinta yang sejati adalah ketika kamu menitiskan airmata dan masih peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum seraya berkata,"Aku turut berbahagia untukmu.."
No comments:
Post a Comment