Walau bukan putera raja,biarlah putera agama..
Yang diimpi..
Biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai..
Bukan sempurna sifat jasmani..
Asal sihat ruhani,sempurna hati..
Yang diharap..
Bukan jihad pada semangat..
Asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang..
Tak perlu rijal yang gemilang..
Kerana aku serikandi dengan silam yang kelam..
Yang dinanti..
Bukan lamaran dengan permata..
Cukuplah akad dan janji setia..
Yang akan terjadi..
Andai tak sama kehendak hati..
Aku redha ketentuan Ilahi..
Itulah ketentuan sejak azali..
No comments:
Post a Comment