Jika ini terjadi, seorg wanita perlu berfikir, apakah pasangan spt ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti..??
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorg dinamakan kekasih, apa kesudahan yg bakal berlaku satu hari nanti..??
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lg malah adakalanya membawa kpd sesuatu di luar jangkauan..Cinta perlu difahami..Semestinya seorg remaja perlu memahami kehendak dan definisi yg tepat..
Tanya pd diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup utk menjelaskan maksudnya..??
Allah telah menganugerahkan manusia naluri utk meneruskan keturunan(salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali sbg gharizah Al-Nau'..
Ini merupakan salah satu naluri manusia dr yg tiga iaitu gharizah Al-baqa'(naluri utk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun(naluri utk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau'..
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam..Dlm keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya..Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment