.


.



Thursday, February 25, 2010

Damba Kasih - InTeam

Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu
Bagaimanakah nantinya
Tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari seksaMu
Kasih sayangMu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmatMu
Ampunilah diriku..

Tuesday, February 23, 2010

Effa's Diary #10

Tika kesepian itu datang
Sekelumit rasa bertaburan berserakan
Datangnya hanya memecah bening rindu dendam
Jika diungkap, menjadi raja
Sebuah kerajaan hati yang celaru
Jika dikolamkan di dasar hati
Simpullah saat keliru
Yang makin menghantui kalbu
Tuhanku
Andai satu titik mula berkecai
Menjadi seribu tanda tanya pada titik akhir
Adakah satu untukku rungkai nirwananya?
Andai suluhan takdir tidak menepati
Andai putaran dunia melingkari jasad
Masihkah ada rentetan sinar dalam kekaburan?
Duhai alam
Andai kelam itu bersih
Kembalikan annur berselimuti tawa
Andai gelap itu suci
Diamkan saja kekalutan emosi
Biar rebah pada tautan rindu
Bersemi di persada hati
Mencipta untaian harapan
Bersama yang terabadi

Monday, February 22, 2010

Effa's Diary #9

Seulas senyum tiba2 tersungging..
Sesaat setelah angin malam menyelipkan sekelibat bayang misteri..
Yang tanpa permisi telah menyusupi ruang kalbu..
Menebar aroma misteri..
Namun hangat nan mewangi..
Lalu pena pun menari di atas lembaran kertas..
Menarikan rangkaian peristiwa kalbu..
Dan telah terajut menjadi menjadi sepenggal kisah hati..
Tiba2 senyum itu lenyap..
Dan tarian pena pun terhenti..
Kala tersadar tokoh dlm kisah itu masihla misteri..
Dan sebuah kisah pun tak sempat usai..
Namun setitik asa menghampiri, dan berbisik dgn lembut..
"Rangkailah untaian asa tuk menyambut sang harapan, di mana sebuah kisah kan terukir..."

Sunday, February 7, 2010

PadaMu Ku Bersujud - Afgan

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Monday, February 1, 2010

Tangisanku

Tangisan dpt memadamkan api neraka. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akn mengharamkan tubuhnya dr api neraka. Dan apabila airmatanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang drpd suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yg tak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata. Sesungguhnya airmata dpt memadamkan lautan api neraka."

Kata Ibnu Qayyim, ada 10 jenis tangis:
  • Menangis krn kasih syg & kelembutan hati
  • Menangis krn rasa takut
  • Menangis krn cinta
  • Menangis krn gembira
  • Menangis krn menghadapi penderitaan
  • Menangis krn terlalu sedih
  • Menangis krn terasa hina dan lemah
  • Menangis utk mendapat belas kasihan org
  • Menangis krn mengikut-ikut org menangis
  • Menangis org munafik - pura2 nangis
"....dan bahawasanya DIAlah yg menjadikan org tertawa dan menangis." (An-Najm:43)
Jadi, Allah lah yg menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak airmata tlh mengalir di dunia ini. Sumbernya dr mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering krn ia berlaku setiap hari tanpa putus2 sepertilah sungai yg mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah airmata itu ditampung, banjirlah dunia ini..

Airmata yang tiada dituntut
*Janganlah menangis kalau tak tercapai cita2, bukankah Tuhan yg tlh menentukannya
*Janganlah menangis krn menonton filem hindustan, bukankah itu cuma lakonan
*Janganlah menangis krn cinta tak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yg tlh Tuhan tetapkan
*Janganlah menangis jika gagal dlm peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan
*Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan
*Janganlah menangis kalau tidak dinaikan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan

Dari itu..
Simpanlah airmata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yg tlh melanda diri, segala dosa2 yg berupa bintik2 hitam yg tlh mengkelamkan hati hingga sukar utk menrima hidayah dr Allah SWT..serulah airmata itu dr persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga smg ia dpt melebur dosa2 dan moga2 akn mendapat ampunanNya jua..

Junjungan mulia Rasulullah SAW bersabda, "Ada 2 biji mata yg tidak akn tersentuh api neraka; mata yg menangis di waktu mm hari krn takut kpd Allah SWT dan 2 biji mata yg menjaga pasukan fi sabilillah di waktu mlm."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara: Wajahmu dgn linangan airmata keinsafan, lidahmu basah dgn berzikir kpd Penciptamu, hatimu takut dan gementar kpd kehebatan Rabbmu, dan dosa2 yg silam disulami dgn taubat kpd Dzat yg Memilikimu..

Tuesday, January 26, 2010

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat  mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT  menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa  empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Monday, January 25, 2010

Jangan Berkata 'Kalaulah'

Hadis Sahih Muslim, drpd Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda:

Orang mukmin yg kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada org mukmin yg lemah. Masing2 ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yg berguna(di dunia dan akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata, "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu."; akan tetapi katakanlah,"Takdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya.". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi,Riyadhus Solihin, Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, ms 147)

Sunday, January 24, 2010

Effa's Diary #8


Suatu yang indah ceritanya bermula semalam
Andainya dapatku rasa selamanya
Tetapiku tahu tidak mungkin dapatku miliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi
Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah
Doaku padaMu Tuhan
Pasrahku hanya Kamu yang menentukan
Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku
Semoga suatu hari nanti
Dapatku temui
Penawar dukaku yang berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

Saturday, January 23, 2010

Pesan Mereka

Saiyidina Abu Bakar r.a berkata,"Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
  • Ia akn mati dan hartanya akn diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
  • Hartanya akn diambil secara paksa oleh penguasa yg zalim
  • Hartanya menjadi rebutan orang2 jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula
  • Adakalanya harta itu akn dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yg tidak berguna"
Saiyidina Umar al Khattab r.a  berkata:
  • Org yg banyak ketawa itu kurang wibawanya
  • Org yg suka menghina org lain, dia juga akan dihina
  • Org yg menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  • Barangsiapa menjaga kehormatan org lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
Saiyidina Othman Ibnu Affan r.a berkata,"Antara tanda-tanda orang yg bijaksana itu ialah:
  • Hatinya selalu berniat suci
  • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  • Kedua matanya menangis kerana penyesalan(terhadap dosa)
  • Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
  • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia"
Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata:
  • Tiada solat yg sempurna tanpa jiwa yg khusyu'
  • Tiada puasa yg sempurna tanpa mencegah diri drpd perbuatan yg sia2
  • Tiada kebaikan bg pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran drpdnya
  • Tiada kebaikan bg org yg berilmu tanpa memiliki sifat warak(memelihara diri dan hati dr dosa)
  • Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi
  • Nikmat yg paling baik ialah nikmat yg kekal dimilki
  • Doa yg paling sempurna ialah doa yg dilandasi keikhlasan
  • Barangsiapa yg byk bicara, maka byk pula salahnya. Siapa yg byk salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yg hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak. Sedang org yg tidak warak itu bererti hatinya mati.
Wallahu'alam, moga ada manfaatnya..

Thursday, January 21, 2010

Arah - All One

Ku sendirian dihimpit sepi
Mencari arah di alam mimpi
Adakah masih ku kesampaian
Atau terputus di tengah jalan
Mendamba kasihMu Tuhan
Sanggupkah aku menahan seksa
Menanggung dosa yang ku lalui
Ku serah diri padaMu Tuhan
Terima segala taubatku
Dengarlah rintihanku
Ke mana arah yang harus aku lalui
Adakah masih di sini
Perit tak terhingga
Aku mengharap padaMu Tuhan
Bawalah jalan menuju cahaya
Sesal tak terkata
Kerdilnya diriku di sisiMu

Thursday, January 14, 2010

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yg tidak memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dlm apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yg kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring drpd kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yg nyaring itu adalah suatu resmi yg sia2 malah menyakiti orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi org, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yg memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenal lah dgn setiap muslim yg ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.
  10. Kewajipan lebih banyak dari masa yg ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya..

Sunday, January 10, 2010

Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya..

Wednesday, January 6, 2010

Matinya Hati Manusia

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Hati yang kotor dan hitam akn menjadi keras..apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan..ia akan menjadi penghalang kpd masuknya nur iman dan ilmu..belajar sebanyak mana pun ilmu yg bermanfaat atau ilmu yg boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dlm hati..kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya..

Kenapa hati mati?? Hati mati disebabkan perkara berikut:
  • Kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran drpd didikan dan ujian Allah seperti dalam firman Allah yg bermaksud, "Maka kecelakaan besarlah bg org yang keras membatu hatinya drpd menerima peringatan yg diberi oleh Allah. Mereka yg sedemikian keadaannya adalah dalam kesesatan yg nyata." (Surah al-Zumar:22)
  • Kerana tidak diberikan makanan dan santapan rohani dgn sewajarnya..kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak mkn dan minum, begitu juga hati..apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akn sakit dan buta, malah akan mati akhirnya..santapan rohani yg dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.."Iaitu org yg beriman dan tenteram hati mereka dgn mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah a-Ra'd:28)
 Tanda-tanda hati mati menurut Syeikh Ibrahim Adham:
  • Mengaku kenal Allah SWT, tp tidak menunaikan hak2Nya
  • Mengaku cinta kpd Rasulullah SAW, tp mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca al-Quran, tp tidak beramal dgn hukum2 di dalamnya
  • Memakan nikmat2 Allah SWT, tp tidak mensyukuri atas pemberianNya
  • Mengaku syaitan itu musu, tp tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tp tidak beramal utk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka, tp tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bg setiap jiwa, tp masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban org lain, tp lupa akn keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam, tp tidak mengambil pengajaran drpdnya
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu:
  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai drpd zikrullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kpd Allah
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu:
  • Zuhud dgn dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkwn dgn aulia Allah

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada
Akan kembali kepadaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Tuesday, December 29, 2009

15 Maksiat Yang Mengundang Bala


Maksud hadis: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda,"Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar kpd org2 tertentu
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  • Zakat dijadikan hutang
  • Suami yang menuruti kehendak isteri
  • Anak derhaka kepada ibunya
  • Sedangkan ia berbaik2 dgn kawannya
  • Ia suka menjauhkan diri drpd ayahnya
  • Suara sudah ditinggikan dlm masjid
  • Yang menjadi ketua satu kaum adalah org yg terhina di antara mereka
  • Seseorang yg dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  • Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat
  • Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
  • Para artis disanjung(menjadi pujaan)
  • Muzik banyak dimainkan
  • Generasi akhir umat ini melaknat(menyalahkan) generasi pertama(sahabat)"
"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain." Hadis Riwayat Tarmizi
Dipetik drpd buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan: Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi