Ketenangan..yang ku cari..masih belum terbukti..jauh lagi perjalanan ini..
Apa
yang dimaksudkan dengan ketenangan?
Ketenangan
ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan
ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan. Sudah
pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang. Ketenangan
mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan
yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Salah
satu kuncinya ialah "Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti
menjadi tenang".
Ketenangan
yang diimpikan mampu kita perolehi. Kekuatan diri kita melawan nafsu dan
mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merasai ketenangan.
Pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan
Apabila
minda bertindakbalas akibat di dorong oleh hati maka hancurlah jadinya.
Sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk
berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi.
Secara
peribadinya, saya sendiri pernah merasai situasi seperti ini iaitu apabila
berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari
hilang pergi.
Sebaliknya
apabila akal yang dipandu ke arah yang betul, ianya akan menjadi penenang hati
dan sekaligus membuatkan hidup kita aman dan harmoni.
Didalam
Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:
"Ingatlah,
dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"
Ketenangan yang dicari berada di sebelah kita,
samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita...
No comments:
Post a Comment