.


.



Thursday, June 3, 2010

LAA TAHZAN


Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di almari-almari anda yang indah, di istana-istana anda yang megah, dan di dalam kebun-kebun anda yang hijau itu hanya akan menambah kecemasan dan kesedihan anda saja..

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat ubat yang diberikan doktor, dijual di farmasi dan diagnosa seorang doktor tidak akan pernah membahagiakan diri anda. Apalagi bila anda masih menanamkan kesedihan dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri anda untuk dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semuanya itu akan sia-sia.


Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki do’a. Anda boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan Yang Maha Kuasa, dan anda dapat memperoleh ketenangan di depan pintu-pintu Sang Raja Diraja. Anda juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam dan masih menempelkan dahi ke tanah, bersujud.

Jangan bersedih, kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan yang indah dan rimbun untukmu, kurma-kurma yang tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun, bintang-bintang bercahaya, hutan belantara, dan sungai-sungai.

Jangan bersedih, kerana anda masih dapat minum air yang jernih, menghirup udara yang segar, berjalan di atas kedua kaki tanpa menggunakan alas kaki, dan anda masih dapat tidur nyenyak pada malam hari.

Perbanyaklah membaca istighfar agar anda menemukan jalan keluar, mendapatkan ketenangan batin, harta yang halal, dan keluarga yang shalih.

Sabda Nabi: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar, nisaya Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap kecemasan dan akan membukakan pintu keluar dari setiap kesempitan”

Laa tahzan, Dr. Aidh alqarny

No comments:

Post a Comment