.


.



Thursday, March 4, 2010

Lebih Baik Berdiam Diri

Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

"Barangsiapa yg byk perkataanya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg byk silapnya, nescaya byklah dosanya. Dan barangsiapa yg byk dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)
Kalau org menghina kita, bukan kita terhina
Yang sebenarnya org itu menghina dirinya sendiri
Diam org mukmin itu ibadah
Ibadah tanpa perbuatan
Ibadah rasa, ibadah ini tidak meletihkan
Kadang-kadang ini lebih baik drpd ibadah sunat
Yang hatinya di dlm kelalaian
Macammana org mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang2 memikirkan dosanya
Kadang2 memikirkan apa kebaikan yg nk dibuat
Kadang2 memikirkan nk menolong kwn
Kadang2 dia terasa kebesaran Tuhan
Atau dia meniatkan, dia diam itu
Tidak mahu bercakap bukan2
Kadang2 dia diam itu, kalau dia bercakap
Takut dia melakukan kesalahan
Seperti dia mengumpat atau
Kalau dia bercakap
Takut2 menyakiti hati org
Atau dia diam itu
Menghormati percakapan org
Mungkin org itu bercakap baik, dpt pengajaran
Atau dia hendak mengenal org yg bercakap itu
Baik atau jahat
Dia biarkan saja org itu bercakap
Dan mendengar sahaja
Kerana nk mengenal org itu
Kadang2 dia diam itu memikirkan dosa2 yg lalu
Ataupun kecuaian dan kelalaian yg telah dibuat
Supaya dia bertaubat
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan
Ataupun pengetahuan yg dilupakan dtg semula ingatan
Itulah yg dikatakan oleh pepatah Melayu,
"Diam2 ubi berisi"
atau
"Diam2 tong kosong"
atau
"Diam2 tong berisi sampah penuh kotoran?"

Hikmah Berdiam Diri
Manusia berbicara setiap masa..bicara yg baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia..jikabicara tidak mengikut adabnya, manusia akn merana di dunia dan di akhirat..di dunia akn dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yg menyakiti hati org lain akn menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT..

Bagi org yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia2..sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara2 yg berhikmah..oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia drpd mengucapkan perkataan yg sia2..
Banyak diam tidak semestinya bodoh
Banyak bicara tidak semestinya cerdik
Kerana kecerdikan itu buah fikiran
Org cerdik yg pendiam lebih baik dr org bodoh yg byk bicara

Antara hikmah:
  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kpd org
  • Istirehat bg kedua malaikat amal
  • Menutupi segala aib..Rasulullah bersabda mengenai kelebihan diam yg bermaksud:"Barangsiapa yg beriman kpd Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam." (Riwayat Bukhari&Muslim)

5 comments: