- Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
- Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yg tidak memberi faedah.
- Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
- Janganlah bertengkar dlm apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yg kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- Janganlah banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
- Janganlah bercakap lebih nyaring drpd kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yg nyaring itu adalah suatu resmi yg sia2 malah menyakiti orang.
- Jauhilah daripada mengumpat peribadi org, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yg memberi kebajikan.
- Berkenal-kenal lah dgn setiap muslim yg ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.
- Kewajipan lebih banyak dari masa yg ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya..
Ku bersujud padaMu..
Dan pasrahkan diri dike-Maha-anMu..
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa..
Dan setiap salahku..
Kau jagalah lindungilah cintailah aku..
Setiap detik yang berlalu..
Menghitung diriku..
Bertanya padaku..
Akankah sia-sia bila akhir waktu..
Datang memanggilku..
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku..
Jagalah diriku jagalah diriku..
Lindungi lindungi lindungilah aku ini..
Jagalah cintai lindungi selamatkan..
Ya Allah..
No comments:
Post a Comment