.


.



Tuesday, September 29, 2020

Jejak 2020

Kembali lagi. Tapi pada tahun yang telah dipopularkan sejak aku muda lagi, 2020. Apa ada pada tahun ni? Yang terang lagi bersuluh tentunya umur makin tua. Yang paling hebat ialah COVID19. Oh Allah, what such a great test You gave to us..

Besar dugaan 2020. Jauh berbeza dengan apa yang  dihidang kepada kita bertahun-tahun dahulu tentang 2020 oleh Tun M. Besar dugaan sebesar juga nikmat Allah beri. Cuma ada yang masih buta hati.

Dugaan mengajar kita. Mendidik hati kita. Mengasuh minda kita. Menanam sifat qanaah dalam diri. Syukur yang berterusan. Masih sihat walafiat. Masih berada di tempat yang ingin kita berada.

Nikmat ini besar, tapi kadangnya kita kalah jua dengan emosi, nafsu dan akal fikiran yang kecik tak berkembang. Kenapa? Sebab terlalu banyak berfikir kenapa tetapi tidak bagaimana.

Semoga apa yang dihajatkan akan tercapai suatu hari nanti. Aamiin.


Friday, September 30, 2016

Kesekian Kalinya

Blog sudah sekian lama sepi. Angkara kemudinya yang tidak punya masa luang untuk menurunkan sauh.

Namun, kembali untuk kesekian kalinya. Bukan untuk mencoret kisah hidup yang tidak seindah pelangi. Tapi untukku melakar kenangan baru pada lembaran usang ini.

Sering kita keluhkan akan bagaimana masa depan bakal tiba. Kerana, tiap satu realiti yang telah hadir singgah, tidaklah sehebat impian tidak terlaksana.

Namun, tabah itu tetap beraja di hati. Redha itu kerap menetapkan akal. Tawakkal juga tidak sesekali dilepaskan pergi.

Agaknya coretan depan nanti bagaimana? Tidak siapa dapat menduga. Yang pasti, hari ini lakarkan memori yang bagus untuk dibawa bekal ke depannya. Henti di sini.

Sunday, April 12, 2015

Bila Waktu Telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi..

Sunday, August 3, 2014

Edisi Syawal

Ramadhan dah berlalu pergi. Sayup-sayup meninggalkan dunia fana. Keindahannya tiada lagi terasa. Persoalan akan jumpa lagi atau tidak, berkunjung tiba.

Kini, sudah seminggu syawal bermula. Berbagai cerita dalam syawal. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang duka. Dalam kemeriahan menyambut syawal, kami masih mengenangkan nasib saudara-saudara nun jauh di Gaza sana. Apa khabarkah mereka? Berayakah mereka? Berbaju baru kah mereka? Ada makanan kah? Sigh.

Demi itu, kami cuba untuk tidak terlalu bermeriah di hari raya kali ini. Hanya bersederhana. Persiapan juga bersederhana. Sehinggakan tiada OPEN HOUSE kali ini. Kesihatan tidak mengizinkan. Waktu raya inilah merudum jatuhnya kesihatan. Allah nak bagi ujian, kena terima. Sesungguhnya teringin sekali kami menerima tetamu. Tetamu membawa masuk rezeki. Namun, masa mengekang semuanya.

Maafkan kami jika ada salah dan silap. Maafkan kami jika ada yang terguris hati. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan dan kejadian adalah di tanganNYA.

Kesimpulan di hari raya :
  • Bermaaf-maafanlah sesama kita. Jangan diungkit sengketa lama.
  • Berwaspadalah dengan kata-kata. Jangan dijadikan musuh sesama kita.
  • Bermusyawarahlah sebelum menetapkan sesuatu menjadi bebanan orang lain. Jangan mengundang sengketa.
  • Berhati-hatilah ketika memandu. Jangan sampai TERjadi baru berfikir untuk tidak MENjadi.

Wednesday, July 16, 2014

Coretan Puasa

Sudah hampir penghujung puasa. Ya. Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Bagaimana dosa dan pahala? Masih sedikit pahala, atau semakin bertambah dosa?

Setiap hari, melewati waktu untuk ke tempat kerja. Setiap hari juga, perjalanan tidak ada jaminan selamat. Hanya Dia sebaik-baik perancangan. Andai terkandas di tengah jalan, apa yang telah kita tinggalkan? Dan apa yang kita bawakan ke masa seterusnya?

Manusia banyak perangai. Terkadang yang tua sekalipun, banyak karenah dan peelnya. Ada yang matang, ada yang tidak matang. Ada yang na'im, ada yang tidak bertimbang rasa dan berkira. Macam-macam.

Seronok menjalani hidup masing-masing seolah-olah pahalanya dikutip penuh dari orang lain. Walhal, hati belum tentu baunya wangi. Kerana itulah rahsia Allah yang tahu.

Yang muda, sibuk bekerja. Di bulan yang mulia ini pun sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. Tidak ada pertambahan ibadah. Apa lagi cuba mendekatkan padaNya. Apa nak jadi sedang kau adalah pemimpin dunia Islam??

Dosa silam. Seringkali kau menghantui diri. Tatkala semuanya tampak reda buat sekian lamanya, tiba-tiba kau muncul kembali. Mengapa begitu. Saat diri sudah berubah dan bertaubat, kau datang menguji lagi. Janganlah kau datang membawa binasa kembali!

Wednesday, December 4, 2013

Lembaran Baru

Usai sudah semusim berlalu. Bahkan mungkin bermusim sudah aku melalui ceritera kehidupanku. Gelap dan terang sering selari berjalan. Melebarkan sayap mereka di setiap langit hariku.

Duhai tenang, andainya aku ingin mengatakan kegelisahan, mungkinkah kau sudi mendengarnya? Duhai kacau, jika aku ingin lemparkan selaut ketenangan padamu, apa kau berbesar hati menerimanya?

Saat ini, ketika ini, aku masih lagi runsing dengan kehidupanku. Masa depanku. Masa depan mereka yang aku sayangi dan cintai. Apa ada satu noktah kegembiraan dan ketenangan buat kami semua nanti?

Duhai temanku yang tercinta, aku sangat berbeza dari yang lainnya. Aku harap kau mengerti. Tatkala kita dibuai mimpi, iya, itu indah. Namun, tatkala kita dibuai sepi, oh itu tidak sanggup aku terima. Demi kamu. Demi kita.

Ya Allah ya Tuhanku, luaskanlah pintu rezekiMU buat kami, hamparkanlah ketenangan dalam hidup kami. Semoga kami menjadi orang yang lebih baik dan bersyukur atas kurniaanMU. Amin.

Tuesday, December 18, 2012

Kisah Dia

Manusia tidak sempurna. Aku juga tidak sempurna. Mereka juga mungkin tidak sempurna. Aku tidak tahu tentang itu. Apa yang aku tahu, aku masih lagi tidak sempurna.

Dosa lama seringkali melintas di barisan hadapan kehidupanku. Paling terawal akan sampai ke garisan, sebelum takdirku membawa ke sana. Sering aku menangisi kisah silam, merintih dalam taubat buat keberapa kalinya, tapi masih lagi tidak dapat aku lupakan segala yang telah menjadi takdir sejarah dalam kehidupanku.

Apakah taubatku diterima? Apakah mereka yang terlibat dalam kehidupan kelamku menerima maafku dan sejujurnya melupakan segalanya? Aku tidak tahu sedang aku masih lagi mengingati semuanya walau sehebat mana pun aku cuba untuk melupakannya.

Aku sudah berubah. Aku berubah. Dan aku akan berubah. Ke arah yang lebih baik. Doakan aku.

Wednesday, May 9, 2012

Berubahlah


“Mah, dah lama kita berkahwin kan? sebenarnya abang teringin sangat kita berubah ke arah yang lebih baik, abang teringin sangat lihat isteri yang abang sayang ni menutup aurat dengan sempurna” luah Ajib kepada isterinya, Semah.

“hmm, InsyaAllah abang, saya pun sebenarnya teringin juga tidak lagi dedah rambut saya, saya tak nak lagi pakai selendang nampak jambul – jambul ni, saya teringin sangat pakai tudung labuh.. saya lihat muslimat – muslimat yang pakai tudung labuh ni,, sejuk hati saya melihatnya.. semoga abang terus di belakang saya ya untuk support saya melakukan hijrah ini ya.”, balas Semah.

“Alhamdulillah, sejuk hati abang mendengarnya. InsyaAllah, abang akan support. Bak kata hlovate, changing for good is not a sin. Bukan apa, sebab haritu, abang pergi kuliah ustaz Azhar. Ustaz Azhar cakap, selalunya orang perempuan yang belum menutup aurat tu mereka bagi alasan ‘tak sampai seru lagi’, padahal dah banyak seruan Allah bagi kat dalam al Quran dan Hadis yang kita wajib tutup aurat, antaranya..

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangan mereka   dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya.."
(al-Nuur : 31)

“InsyaAllah abang, terima kasih nasihat saya, saya mahu jadi isteri yang solehah untuk abang, saranghaeyo !” Semah tersenyum.

“saranghaeyo? wah isteri abang speaking bahasa korea plak ka?haha” Ajib tersengih melihat gelagat isterinya itu sambil mencubit pipi isteri kesayangannya itu.

“ouch sakit lah ! ingat kita ni muda lagi bang? Dah tua dah, rambut pun dah beruban dah. Hehe”

“umur je tua, tapi kasih sayang abang kat semah still muda tau. Cewah. Hihi”, usik ajib.

“romantik jugak suami saya ni ye. Abang, i love the way you love me”, luah Semah sambil pipinya menjadi kemerah – merahan. Malu.

“I love u too. hihi. hmm lagi satu kan, aritu ustaz jugak cakap, seorang suami yang biarkan isterinya dan ahli keluarga di bawah jagaannya mendedahkan aurat dan bergaul bebas melanggari syarak, lelaki tu adalah lelaki yang dayus. Abang time dengar tu, terasa sangat, abang rasa abanglah lelaki yang dayus tu.. sebab selama ini abang biarkan je isteri dan anak – anak abang dedahkan aurat dan bergaul bebas. Abang malu sangat dengan diri abang, abang malu dengan Allah. Pastu ustaz cakap lagi, kalau kita benar – benar sayangkan orang yang kita sayang, kita kena pastikan orang yang kita sayang tu ikut perintah Allah, kerna bila kita ikut perintah Allah, InsyaAllah barulah kita dapat berkasih sayang sampai ke syurga. sweet kan sayang kalau kita dapat berkasih sayang hingga ke syurga, barulah love forever-rever namenye kan.? huhu.”

“yup, sweet sangat bang.. doakan selalu ya kita dapat bersama berkasih sayang hingga ke syurga ya !. biarlah masa lalu tu kita tenggelamkan dengan taubat kepada Allah ye bang, moga Allah ampunkan dosa kita dan menerima taubat kita. Amiin”
“InsyaAllah, amiin.”

“Abang, dah nak pilihanraya ni.. kalau ikut abang, abang nak pilih yang mana?” soal Semah pada suaminya.

“Hm, mah tanya abang ea, abang teringat pesan Ustaz Tuan Ibrahim , kita nak pilih pemimpin kena macam cara kita nak pilih orang jadi imam dalam solat jemaah kita. Selalunya orang yang kita pilih untuk jadi imam kita tu mestilah yang kita yakin baik akhlaknya, alim, warak, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Macam itu jugalah kita nak pilih pemimpin kita untuk negara kita. Then, imam yang dalam solat jemaah tu nak pimpin kita 5 hingga 7 minit ja pun kita pilih yang betul – betul berkualiti hubungannya dengan Allah, tak kan nak pilih pemimpin untuk negara kita untuk masa 5 tahun kita pilih yang cacamerba sahaja akhlaknya, yang tidak jujur, yang tidak bertanggungjawab, kan?. kalau pemimpin kita tu, secara terbuka slamber je bersalam dengan orang yang bukan mahram padahal dia tahu itu suatu dosa, layakkah kita panggil dia warak? Di depan orang ramai pun dia sudah menunjukkan ketidaktaatan kepada Allah, apatah lagi di belakang orang? Kan?.

“ hm, betul juga kata abang tu kan.” Semah mengangguk.

“ Pemimpin ni abang analogikan sebagai pemandu kita dalam suatu perjalanan yang amat jauh. Bila pemandu yang kita harapkan tu sendiri tak tahu hala tuju perjalanan kita, selalu je sesat dan bawa kita keluar dari jalan yang benar walaupun kita dah banyak kali tegur tapi tetap macam tu juga lebih baik kita cari pemandu yang baru, pemandu yang lebih baik, yang tahu memandu kita ke hala tuju kita yang sebenar. Nak senang cerita, kita tukar jela pemandu yang menyesatkan kita tu. kita pun InsyaAllah akan selamat. Setuju tak mah?”

“ setuju, abang, i love the way u talk. Hehe.”

“ alhamdulillah. Okeylah, dah larut malam ni, jom la kita tidur.”

“ Okey jom, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini abang”

“InsyaAllah sayang. maafkan segala kesalahan yang abang telah lakukan ya selama ini.”

“okey je. Semah pun mintak maaf juga k.”

“Okey”

ZzzzZZzzzzzzzzzz.

p/s : Segala watak dalam kisah rekaan ini tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Jom berubah dan mengubah...

Sumber : ilmi-islam.com

Sunday, May 6, 2012

NurKasih Part 12


Usia mengejar dengan derasnya. Bak lintasan cahaya dari langit ke bumi. Masa yang lalu sudah tidak lagi bersama kita hari ini. Malah, kenangan yang terindah jua kenangan yang menggamit jiwa rapuh turut meninggalkan kita.

Apa yang mampu diusahakan hari ini adalah kenyataan, dan esok adalah impian. Apa kenyataan untuk hidupku hari ini? Apa impian aku untuk hari esok dan hari mendatang? Belum tentu apa lagi.

Hari ini, kenyataannya belum dirasakan pahit. Masih manis seperti semalamnya. Cuma terkadangnya, ada selembar keadaan yang berjaya menjengah ke dalam lubuk hati yang dalam. Lubuk hati yang mencetuskan ketidakgembiraan, kekecewaan, kesedihan dan keletihan. Kelainan rasa meresahkan jiwa dan minda. Moga tidak berpanjangan.

Esok, impian belum pasti jua. Berharap semoga ianya menjadi kenyataan. Berharap agar doa yang tidak putus-putus ini dimakbulkan olehNya. Tanpa sebarang keraguan. Amin.

Monday, March 12, 2012

Melukis Pelangi


Aku sampai pada keadaan ku sekarang adalah dengan perjuangan, 
Dan selama nafas ini masih terus berhembus, 
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang,berjuang dan terus berjuang, 
Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,

Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing yang belum ia pernah kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumahtangga,
Yang terkena musibah atau yang ditinggal oleh orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,


Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali kepada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi.

Thursday, January 26, 2012

Effa's Diary #17


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Begitulah resam kehidupan di dunia. Allah sudah menetapkannya. Tiap yang berlaku pasti ada terselit maksud dan pengajaran yang tersendiri, bersesuaian dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Apa yang penting, redha di hati, minda dan jiwa. Ada yang berkata, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Bagaimana kita?

Dugaan datang tanpa kita jemput, tetapi ia pergi, hanya dengan doa kita sehari-hari. Doa itu hanya untuk meringankan beban yang dipikul, tapi bukan untuk mengelakkan apa yang sudah ditakdirkan. Andainya di dunia, kita tidak disukai oleh manusia, hanya kerana kita ini bukan sebaik manusia alim, itu satu dugaan untuk kita, ujian untuk kita. Supaya kita sedar betapa pentingnya agama dan iman dalam hidup kita. Betapa pentingnya mencari bekalan untuk kehidupan yang abadi di sana nanti.

Seandainya juga, jika kita tidak disukai oleh manusia, hanya kerana kita ini bersifat alim atau sekurang-kurangnya tidak jahil dalam agama (bukan bermaksud riak), apa yang boleh kita lakukan. Cuma mampu berkata, yang halal tetap halal, dan yang haram tetap haram. Jika kita menjaga kemarahan manusia dari menjaga kemurkaan Allah SWT, pasti Allah tidak akan menjaga diri kita dari segala bahana manusia. Tetapi jika kita menjaga kemurkaan Allah mengatasi kemarahan manusia itu, sudah pasti hati kita akan selalu dipandu dengan kebenaran di jalanNya. Jadi, apa pilihan kita?

Yang pahit tetap pahit tetapi mesti diterima. Seperti ubat, dikatakan pahit. Tapi itulah cara menyembuhkan penyakit. Begitu juga dengan agama Allah, hukum hakam yang telah ditetapkanNya, itulah penawar untuk segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan sedang dilalui. Yang membimbing tidak ramai, tapi yang perlu dibimbing tersangat ramai. Jadi, kenapa tidak kita manfaatkannya sebelum terlambat.

Setiap insan yang mempunyai jiwa hamba, pasti akan terus mencari ilmu untuk bekalan ke sana. Walaupun tidak memiliki ilmu yang tinggi seperti yang lainnya, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk menjadi lebih baik. Kenapa? Kerana kita tahu, dunia ini fana. Esok atau lusa, kita pasti dijemput pulang. Siapa tahu, sesaat lagi, atau seminit lagi, daun yang berguguran di Arasyi sebelum ini adalah milik kita. Maka, tibalah ajal kita. Jika kita berada dalam dunia keimanan, maka matilah kita dengan husnul khotimah. Jika tidak, su'ul khotimahlah kematian kita. Na'uzubillah dari su'ul khotimah. Tekadkan begitu di dalam hati! Semoga kita akan terus mencari perubahan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Syukran.

Sunday, January 8, 2012

Jika Aku Menangis


Jika Isteri Menangis Di hadapanmu..

Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya dapat memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya dapat membawa PERDAMAIAN.

Tetapi satu perkara mengenai dia yang sering dilupakan oleh SUAMI…

Bahawa “Betapa berharganya dia”…

Wednesday, December 14, 2011

Kisah Hati


Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. 

Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. 

Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.
 
Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling.

Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.

Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.

Thursday, December 8, 2011

Seorang Isteri

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.


Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Tuesday, November 29, 2011

Amalan Sunat di Bulan Muharram


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.