Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air
mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan
air yang bukannya air mutlak.
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh
kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya
lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat.
Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut.
Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya
sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian
beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan
oleh Imam At-Tirmizi.
- Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
- Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
- Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
- Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
- Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
- Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
- Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
- Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
- Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali,
memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan
diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan
air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut
seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w..
No comments:
Post a Comment