Tuesday, June 29, 2010

Kasihani aku wahai Ayah, Ibu


Telinga, mata dan minda kita akhir-akhir ini sering dipanaskan dengan berita-berita anak-anak kecil yang dibuang di merata tempat. Terkadangnya tempat-tempat itu tidak kita sangkakan akan menjadi tempat letaknya seseorang makhluk Allah yang bergelar manusia. Binatang sendiri pun tidak banyak kelihatan di tempat-tempat seperti itu. Apa sudah jadi? Tidakkah kita rasa itu satu perkara terhina untuk diangkat menjadi satu ukiran sejarah dalam diari seorang manusia? Tidak! Bodoh rasanya jika ada yang berfikiran sedemikian.

Mana agaknya rasa kasih sayang dalam diri si ibu dan bapa itu yang sanggup membuang anaknya. Bukankah mereka juga dibesarkan oleh seorang ibu dan ayah sehingga dewasa? Tidakkah terfikir apa nasib mereka jika ibu dan ayah mereka juga membang mereka sewaktu mereka kecil, tentunya bila sudah dewasa akan terfikir, "Ayahku jahat! Ibu juga jahat! Sanggup buang aku! Aku benci mereka!! Seumur hidup aku tidak akan maafkan mereka!!" - Kata-kata mereka yang kurang didikan agamanya. Begitu juga dengan anak yang baru dibuang itu. Jika dia masih hidup, sempat diselamatkan oleh insan berhati mulia, diberi nafas kehidupan yang baru, diberi didikan agama yang secukupnya, tentunya dia akan berkata,"Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa kedua ibubapaku walau aku tidak pernah sekalipun mengenali mereka. Andai ada ruang untukku bertemu mereka, Kau temukanlah aku dengan mereka kerana aku ingin sekali bertanya kepada mereka, mengapa aku dibuang, tidakkah darah aku ini darah mereka juga..."

Jika anak yang dibuang itu tidak mati tetapi dibesarkan oleh orang-orang yang tidak sempurna akhlaknya, apa agaknya akan berlaku pada mereka?? Tidakkah seperti gambar di atas?? Sedih, sayu bila mengenangkan nasib mereka ini..Speechless.

No comments:

Post a Comment