Saturday, May 22, 2010

NurKasih Part 1

Tatkala cercaan minda menghunus hati, keyakinan tidak lagi seiring kebahagiaan. Tatkala resah menyelubungi jiwa, kerakusan emosi menghambat kerinduan. Dalam kesamaran meniti lorong-lorong cinta, tasbih ku hadapkan pada Yang Maha Esa..Tiada yang terindah seindah perasaan saat ini. Tertanya-tanya adakah ini ketentuan terakhir buatku, ataupun Dia ingin menduga kesabaranku dan keimananku lagi seperti yang telah aku lalui satu ketika dahulu. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Suluhan cahaya terkadangnya menyilaukan mata, terkadangnya tidak. Tidak itu mungkin kerana kita telah buta. Buta mata atau buta hati. Bunyi bising mungkin membingitkan telinga, atau kita tidak kedengaran langsung kerana telah tuli. Apa yang buta? Apa yang tuli? Nah, itu persoalan yang menuntut jawapan yang pasti dan abadi!

Nurkasih yang tercipta. Kasih padanya. Kasih padaNya. Andai dicipta dalam satu kamus bernama Hati, sudah pasti tiada siapa dapat menduga kedaifannya. Andai dicipta di lipatan minda yang bersimpang siur ini, tentunya menduga tahap kewarasan dan kecerdikan. Andai dicipta pada ungkapan, pasti mengundang salah faham di hati-hati mereka yang mendengar. Positif atau negatif. Tenang atau gelojak.

1 comment:

  1. Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia di bawah kategori blog "Agama"

    Anda dipelawa meletakkan logo e-Direktori di blog anda.

    terima kasih kerana menjadi "Followers" kepada e-Direktori

    ReplyDelete