Wednesday, January 6, 2010

Matinya Hati Manusia

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Hati yang kotor dan hitam akn menjadi keras..apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan..ia akan menjadi penghalang kpd masuknya nur iman dan ilmu..belajar sebanyak mana pun ilmu yg bermanfaat atau ilmu yg boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dlm hati..kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya..

Kenapa hati mati?? Hati mati disebabkan perkara berikut:
  • Kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran drpd didikan dan ujian Allah seperti dalam firman Allah yg bermaksud, "Maka kecelakaan besarlah bg org yang keras membatu hatinya drpd menerima peringatan yg diberi oleh Allah. Mereka yg sedemikian keadaannya adalah dalam kesesatan yg nyata." (Surah al-Zumar:22)
  • Kerana tidak diberikan makanan dan santapan rohani dgn sewajarnya..kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak mkn dan minum, begitu juga hati..apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akn sakit dan buta, malah akan mati akhirnya..santapan rohani yg dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.."Iaitu org yg beriman dan tenteram hati mereka dgn mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah a-Ra'd:28)
 Tanda-tanda hati mati menurut Syeikh Ibrahim Adham:
  • Mengaku kenal Allah SWT, tp tidak menunaikan hak2Nya
  • Mengaku cinta kpd Rasulullah SAW, tp mengabaikan sunnah baginda
  • Membaca al-Quran, tp tidak beramal dgn hukum2 di dalamnya
  • Memakan nikmat2 Allah SWT, tp tidak mensyukuri atas pemberianNya
  • Mengaku syaitan itu musu, tp tidak berjuang menentangnya
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tp tidak beramal utk mendapatkannya
  • Mengaku adanya seksa neraka, tp tidak berusaha untuk menjauhinya
  • Mengaku kematian pasti tiba bg setiap jiwa, tp masih tidak bersedia untuknya
  • Menyibukkan diri membuka keaiban org lain, tp lupa akn keaiban diri sendiri
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam, tp tidak mengambil pengajaran drpdnya
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu:
  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai drpd zikrullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kpd Allah
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu:
  • Zuhud dgn dunia
  • Zikrullah
  • Bergaul atau berkwn dgn aulia Allah

No comments:

Post a Comment