Thursday, January 14, 2010

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna


  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yg tidak memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dlm apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yg kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yg sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring drpd kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yg nyaring itu adalah suatu resmi yg sia2 malah menyakiti orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi org, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yg memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenal lah dgn setiap muslim yg ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.
  10. Kewajipan lebih banyak dari masa yg ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya..

No comments:

Post a Comment