Sunday, December 6, 2009

Effa's Diary #4

Dalam hidup, terkadang kita salah mentafsir..salah mengerti dan memahami..salah menduga..salah perilaku..ada satu kata-kata hikmah yang sehingga kini dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari..
Berhati2 dgn pemikiran kamu, kerana ia akn melahirkan perkataan..
Berhati2 dgn perkataan kamu, kerana ia akn melahirkan perbuatan..
Berhati2 dgn perbuatan kamu, kerana ia akn melahirkan tabiat..
Berhati2 dgn tabiat kamu, kerana ia akn membentuk karakter kamu..
Berhati2 dgn karakter kamu, kerana ia akn menentukan destinasi kamu,kegembiraan atau kecelakaan..

Tetapi kenapa, terkadangnya, diri kerap terleka..walau tidak jatuh pada  hina dan dosa, tapi adakalanya gagal mengawalnya dan agak kecundang dalam menjadikan setiap yang hadir dalam hidup ini, yang terbaik..

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui segenap zahir dan batinku dan tidak ada satu urusan pun dari setiap urusanku yang tersembunyi olehMu..Berikanlah aku petunjuk seandainya pilihan ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku pada masa kini dan akan datang."

No comments:

Post a Comment