Sunday, November 15, 2009

Jom Solat Sunat Dhuha!

Apa itu Solat Sunat Dhuha?
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahwasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya." (Riwayat Ahmad)

Fadilat Dhuha?
Antaranya:
  • "Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku 3 perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 2 rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa 3 hari drpd tiap-tiap bulan." (Abu Hurairah:Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
  • Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
  • Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas."(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiat?

  • Waktu solat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
  • Cara menunaikan - 2 rakaat 1 salam. Boleh juga dilaksanakan 4,6, dan 8 rakaat.
  • Pembacaan - sebarang surah tetapi kebiasaan - di rakaat pertama selepas al-fatihah dibaca surah Wasy-Syamsi atau al-Kafirun. Di rakaat kedua, surah ad-Dhuha atau al-Ikhlas.
  • Niat solat dhuha: "Sahaja aku sembahyang sunat dhuha rakaat kerana Allah taala"
  • Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali:
  • Doa selepas solat:
"Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuhaMu, keagungannya adalah keagunganMu, kebaikannya adalah kebaikanMu, kekuatannya adalah kekuatanMu, kekuasaannya adalah kekuasaanMu, penjagaannya adalah penjagaanMu. Ya Allah, sekiranya rezeki kami di ats langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaanMU. Berilah kepada kami apa-apa yg telah Engkau berikan kpd hamba2Mu yg soleh.."

No comments:

Post a Comment