Kasih..Kaulah inspirasiku..
Bila sendirian fikiran ku buntu..
Mengingati dirimu..
Dikau tiada lagi di sisiku..
Hatiku sayu bertambah pilu..
Kasih..kau inspirasiku..
Kau mengajarku erti kehidupan ini..
Takkan ku lupakan nasihatmu..
Kerna ianya berguna untukku..
Seringkali aku berdoa padaNya..
Agar tabah menyusuri hidup ini..
Ya Allah berilah ku kekuatan..
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar..
Sekiranya ku mendapat pengganti..
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih..
Banyak membantu dan mendorongku..
Menjadi hamba yang taat kepadaNya..
Walau dirimu tiada lagi..
Tapi hatiku tetap kepadamu..
Kenangan bersamamu subur mewangi..
Takkan luput dari ingatanku..
Takkan luput dari ingatanku...
No comments:
Post a Comment