Sunday, November 22, 2009

Fadhilat Jadi Isteri


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami..Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala:
  • Memberi/membuat segelas air untuk suami. Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.
  • Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami. Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.
  • Perkhidmatan yang diberi pada suami. Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.
  • Menghamilkan benih suami. Fadhilat : mendapat pahala syahid.
  • Isteri mandi junub dengan suami. Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.
  • Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak. Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh/orang yangberguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yang meninggal itu tetap mendapat pahala sekiranya didikan isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.
  • Isteri yang memandang suami dengan harmoni.Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah.
  • Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya, dia terus masuk syurga..
Isteri cerdik dan solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa damai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

    No comments:

    Post a Comment