Monday, November 16, 2009

9 Siti yang patut dicontohi

Nobody is perfect..

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong baginda walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada baginda ketika baginda beribadah di Gua Hiraq.

2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu."

3) Siti Aisyah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi SAW minum, di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail.(pengorbanan seorg ibu mithali)

5) Siti Mariam
Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yang dihadapinya drpd Firaun laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanan tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. (http://hilabiyus.multiply.com/journal/item/68)

9) Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah SWT.

9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah Tv9 bertajuk 'SITI IMPIAN'..Adakah kita tergolong antara Siti2 ini?.Sama2 kita tingkatan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di bumi Allah ini, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment