Walau bukan putera raja,biarlah putera agama..
Yang diimpi..
Biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai..
Bukan sempurna sifat jasmani..
Asal sihat ruhani,sempurna hati..
Yang diharap..
Bukan jihad pada semangat..
Asal perjuangannya ada matlamat..
Yang datang..
Tak perlu rijal yang gemilang..
Kerana aku serikandi dengan silam yang kelam..
Yang dinanti..
Bukan lamaran dengan permata..
Cukuplah akad dan janji setia..
Yang akan terjadi..
Andai tak sama kehendak hati..
Aku redha ketentuan Ilahi..
Itulah ketentuan sejak azali..
Effa : Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan..Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai walaupun kerap dikhianati..Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan...
No comments:
Post a Comment