Tuesday, October 20, 2009

Kenapa Perlu Alasan?

Sumber: nuraiman.wordpress.com

Umumnya, manusia suka menggunakan pelbagai alasan sbg satu alat utk melepaskan diri drpd tanggungjawab dan masalah..ini adalah satu penyakit bg manusia dr dulu hingga sekarang..termasuk kita..bukan setakat di dunia saja manusia suka beralasan malahan juga di akhirat iaitu sewaktu berlangsungnya perbicaraan di Padang Mahsyar..

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis manusia..

1) Allah menolak alasan dr org kaya kalau sekiranya ia berkata,"Kekayaan yg aku cari dgn usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan.." Firman Allah kpdnya,"Kekayaanmu tidaklah setanding dgn kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikitpun tidak lalai dan lupa dari mengingatiKu.."

2) Allah menolak alasan dr hamba sahaya sekiranya ia berkata,"Aku adalah seorg hamba dan sentiasa terikat kpd suruhan yg menjadikan aku tidak bebas..oleh sbb itu aku tidak berpeluang utk beribadat kpdMu.." Firman Allah kpdnya,"UtusanKu yg bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka mengerjakan ibadatnya kpdKu.."

3) Allah menolak alasan dr org miskin sekiranya ia berkata,"Kemiskinan dan kekurangan yg kami miliki inilah yg menyebabkan kami tidak berpeluang utk beribadat kpdMu." Firman Allah kpdnya,"Kemiskinan yg kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorg utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kpdKu.."

4) Allah menolak alasan dr org yg sdg menderita sakit sekiranya ia berkata,"Penyakit inilah yg menghalang aku dr melakukan sujud kpdMu.." Firman Allah kpdnya,"Penyakitmu tidaklah seteruk spt apa yg dialami oleh hambaKu yg mulia iaitu Nabi Ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dr menyebut namaKu.."

MASIHKAH KITA MAHU BERALASAN..???

No comments:

Post a Comment