Tempoh bulan madu akan segera berlalu..pelangi yang kelihatan indah di atas kepala kita akan mula berarak ke kepala orang lain..Ingat pesanan ayah ibu sejak dahulu: Kebaikan mesti bermula daripada kita. Hukum lantunan dalam kehidupan tidak akan pernah berubah - orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan adalah orang yang melakukannya. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum. Justeru, jadilah 'tangan itu'..
Memberi akan lebih menggembirakan daripada menerima..Dengan syarat pemberian itu disertai kasih sayang..Sekiranya rumah tanggamu diuji..(ingat ini pasti) dan kau dan pasangan tidak segembira saat ini, renungilah kata-kataku ini:

Itu petanda kau kurang memberi - kasih sayang, perhatian, masa, doa dan segalanya..
Mengapa kurang memberi? Jawabnya, kerana tidak gembira untuk memberi...
Mengapa tidak gembira? Jawabnya, kerana kurangnya kasih sayang..
Kenapa kasih sayang berkurang? Jawabnya, kerana lemahnya iman..
Iman itu sumber kasih sayang..
Iman itu sumbu pada lantera perkahwinan..
Tanpanya, ijab akan terhijab!

No comments:
Post a Comment