Sunday, October 11, 2009

Cinta dan Kasih Dalam Islam


Syair Arab menyebut, apabila seseorang yg bercinta ditanya,"Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dgnnya?", maka dijawabnya,"Oh,tidak..kawan sahaja.." atau apa saja alasannya, ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)..
Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yg suci sesuai dgn aturan Allah SWT..Hormat kpd perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yg berkekalan..

Seorg lelaki yg jujur terhadap cinta dan kasih syg yg terjalin terhadap seorg wanita tidak sewenang2nya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya..Wanita bukan objek yg boleh diperalatkan..

Jika ini terjadi, seorg wanita perlu berfikir, apakah pasangan spt ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti..??
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorg dinamakan kekasih, apa kesudahan yg bakal berlaku satu hari nanti..??

Istilah cinta amat popular dan menjalin satu ungkapan setia di bibir2 remaja yg menganggapnya satu kalimah suci dan bererti..Ada yg berbangga memiliki seorg kekasih yg setia dan mula memasang angan2 utk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan..
Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lg malah adakalanya membawa kpd sesuatu di luar jangkauan..Cinta perlu difahami..Semestinya seorg remaja perlu memahami kehendak dan definisi yg tepat..
Tanya pd diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup utk menjelaskan maksudnya..??
Allah telah menganugerahkan manusia naluri utk meneruskan keturunan(salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali sbg gharizah Al-Nau'..
Ini merupakan salah satu naluri manusia dr yg tiga iaitu gharizah Al-baqa'(naluri utk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun(naluri utk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau'..
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam..Dlm keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya..Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment