.


.



Thursday, January 26, 2012

Effa's Diary #17


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Begitulah resam kehidupan di dunia. Allah sudah menetapkannya. Tiap yang berlaku pasti ada terselit maksud dan pengajaran yang tersendiri, bersesuaian dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Apa yang penting, redha di hati, minda dan jiwa. Ada yang berkata, redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Bagaimana kita?

Dugaan datang tanpa kita jemput, tetapi ia pergi, hanya dengan doa kita sehari-hari. Doa itu hanya untuk meringankan beban yang dipikul, tapi bukan untuk mengelakkan apa yang sudah ditakdirkan. Andainya di dunia, kita tidak disukai oleh manusia, hanya kerana kita ini bukan sebaik manusia alim, itu satu dugaan untuk kita, ujian untuk kita. Supaya kita sedar betapa pentingnya agama dan iman dalam hidup kita. Betapa pentingnya mencari bekalan untuk kehidupan yang abadi di sana nanti.

Seandainya juga, jika kita tidak disukai oleh manusia, hanya kerana kita ini bersifat alim atau sekurang-kurangnya tidak jahil dalam agama (bukan bermaksud riak), apa yang boleh kita lakukan. Cuma mampu berkata, yang halal tetap halal, dan yang haram tetap haram. Jika kita menjaga kemarahan manusia dari menjaga kemurkaan Allah SWT, pasti Allah tidak akan menjaga diri kita dari segala bahana manusia. Tetapi jika kita menjaga kemurkaan Allah mengatasi kemarahan manusia itu, sudah pasti hati kita akan selalu dipandu dengan kebenaran di jalanNya. Jadi, apa pilihan kita?

Yang pahit tetap pahit tetapi mesti diterima. Seperti ubat, dikatakan pahit. Tapi itulah cara menyembuhkan penyakit. Begitu juga dengan agama Allah, hukum hakam yang telah ditetapkanNya, itulah penawar untuk segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan sedang dilalui. Yang membimbing tidak ramai, tapi yang perlu dibimbing tersangat ramai. Jadi, kenapa tidak kita manfaatkannya sebelum terlambat.

Setiap insan yang mempunyai jiwa hamba, pasti akan terus mencari ilmu untuk bekalan ke sana. Walaupun tidak memiliki ilmu yang tinggi seperti yang lainnya, tapi sekurang-kurangnya kita mencuba untuk menjadi lebih baik. Kenapa? Kerana kita tahu, dunia ini fana. Esok atau lusa, kita pasti dijemput pulang. Siapa tahu, sesaat lagi, atau seminit lagi, daun yang berguguran di Arasyi sebelum ini adalah milik kita. Maka, tibalah ajal kita. Jika kita berada dalam dunia keimanan, maka matilah kita dengan husnul khotimah. Jika tidak, su'ul khotimahlah kematian kita. Na'uzubillah dari su'ul khotimah. Tekadkan begitu di dalam hati! Semoga kita akan terus mencari perubahan ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Syukran.

Sunday, January 8, 2012

Jika Aku Menangis


Jika Isteri Menangis Di hadapanmu..

Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya dapat memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya dapat membawa PERDAMAIAN.

Tetapi satu perkara mengenai dia yang sering dilupakan oleh SUAMI…

Bahawa “Betapa berharganya dia”…