Tuesday, September 28, 2010

Air Mata -Dewa


air mata telah jatuh membasahi bumi
takkan sanggup menghapus penyesalan
penyesalan yg kini ada
jadi tak berarti
karna waktu yg bengis terus pergi
menangislah bila harus menangis
karena kita semua manusia
manusia bisa terluka manusia pasti menangis
dan manusia pun bisa mengambil hikmah
dibalik segala duka tersimpan hikmah
yg bisa kita petik pelajaran
dibalik segala suka tersimpan hikmah
yg kan mungkin bisa jadi cobaan

Sunday, September 26, 2010

Bila bapa derhaka kepada anak?

Semua kita tentu pernah mendengar perkataan "Anak Derhaka". Kalau diajukan soalan tentang takrif anak derhaka sudah tentu semua orang mampu menjawabnya dengan tepat.

Namun, ramai manusia tidak sedar terkadang bapa juga boleh menjadi "Bapa Derhaka" kepada anaknya. Betulkah bapa juga boleh menderhakai anaknya?Ya!Untuk menjawab soalan ini elok rasanya kita bawakan sebuah kisah yang pernah berlaku di zaman Saidina Umar Al-Khatab r.a.

Suatu hari telah datang seorang lelaki kepada saidina Umar.Tujuan kedatangannya ialah untuk mengadu perangai anaknya yang selalu melawan dan tidak pernah mendengar kata-katanya. pendek kata,anaknya ini tergolong di kalangan "Anak Derhaka".

Mendengar aduan lelaki tersebut, Saidina Umar terus memerintahkan supaya si anak tersebut datang menghadapnya dengan segera. Setelah anak itu datang, Saidina Umar menasihatkannya supaya jangan menderhakai ayahnya serta diwajibkan ke atas setiap insan mentaati dan menghormati ibu bapanya.

Tiba-tiba si anak tersebut bertanya kepada Saidina Umar, dengan katannya: Wahai Amirul Mukminin!! Apakah anak tidak mempunyai hak yang perlu di tunaikan oleh bapanya?? Jawab Saidina Umar: Bahkan ada. Berkata si anak: Apakah hak tersebut wahai Amirul Mukminin???Saidina Umar menjawab: Bapa perlu memilih ibu yang baik (berkhawin dengan perempuan yang solehah), memberi nama anaknya dengna nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran (memberi pendidikan islam yang sempurna).

Berkata si anak: Sesungguhnya bapa saya tidak membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara ini. ibu saya berbangsa Afrika, dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama nama Khunsa (kumbang) dan dia juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pundari Al-Quran.

Saidina Umar lantas menoleh kepada orang yang mengadu tadi sambil berkata: Engkau datang untuk mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah memalukannya sebelum engkau dimalukan..Wallahu 'alam.

Sifat Mahmudah - Hijjaz

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

Tuesday, September 21, 2010

Jiwa Yang Tenang


Bismillahirahmanirrahim..
Ya Ayyuhal Nafsul Mutmainnah Irji’e Ila Rabbika Radhiyatun Mardhiyah
Fad khuli fi ibadi
Fadkhuli Jannaati

Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu.

Setiap kali membaca ayat ini  hati kita pasti tersentap. Kata2 lembut dari Allah, apakah kita layak menerimanya dihujung usia nanti?
Ada tujuh nafsu yang diciptakan Allah untuk manusia. Nafsul mutmainnah, Jiwa yang tenang adalah salah satu darinya…hanya ada pada orang yang memilih jalan yang diredhaiNya.

Jiwa yang tenang di penghujungnya nanti disambut Allah kembali kepangkuanNya dalam keadaan yang sangat bahagia dan ditempatkan disyurga hingga kekal abadi.

Jiwa yang tenangyang selalu dicari manusia tetapi kita selalu tersilap jalan dalam pencarian. Kita masih seperti anak kecil perlu ditatih supaya tidak terjatuh. Yang memimpin kita bertatih adalah Yang Maha Pencipta sendiri dengan pimpinan penuh kasih sayang, kasih yang lebih besar dari kasih seorang ibu yang memimpin tangan anak kecilnya.
Adakalanya kita terjatuh juga pada masa kita melepaskan diri dari pimpinanNya, namun Dia masih bersabar menghulurkan kasihNya untuk kita. Semakin kita menghampiriNya, semakin pantas Dia menghampiri kita dan Dia meyakinkan kita dengan kata2,
Sayang, Aku berada lebih dekat dari urat lehermu sendiri.”

Ucapan yang sangat mebahagiakan andaikan kita menghayatinya. Disaat2 kita diganggu kekasaran insan lain, kata-kata lembut dari Yang Maha Penyayang itu menjadi penawar yang amat syahdu.
Kata-kata itu dari Al-Quran yang sering kita lupakan. Al Qur’an mukjizat terhebat hadiah dari Allah untuk ummat Muhammad saw. Kita terpilih menerima hadiah itu tetapi kita jarang menghargainya.
Anak2 kita diajar membacanya tetapi kita terlalai mengajar mereka untuk menghayati kandungannya. Berapa ramai anak remaja kita yang membuka Al-Qur’an dan membaca terjemahannya tanda ia ada keinginan untuk memahaminya…..?!!
Sehari tidak membaca facebook terasa gelisah, tetapi setahun tidak membuka Al-Qur’an anak kita tidak sedikitpun  merasa bersalah. Allah sentiasa melihat kita dengan kasih sayang, tetapi kita sering lalai melihat kitabNya yang penuh pengajaran sebagai balasan terhadap kasihNya pada kita.
Al-Qur’an adalah bicara Allah. Bicara siapa yang lebih hebat untuk dihayati bagi mencari ketenangan kalau bukan bicara suci itu.
Mafhum Surah As Sajda
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

Allah Maha Adil.  

Jiwa yang tenang itu diberikanNya kepada setiap insan. Tetapi kerana kealpaan kita menjaga dan menyuburkannya, kita membiarkannya tertanam di bawah, ditindih kuat  oleh nafsu amarah.   Iblis laknatullah itu zalim. Iblis tidak mahu manusia memilikinya lalu membantu sang nafsu agar jiwa yang tenang tidak bisa keluar menguasai diri.

Jiwa yang tenang perlu dibantu untuk bangkit kerana ia sedang menderita dihimpit nafsu perosak itu . Nafsu perosak perlu dibuang untuk memberi ruang kepada jiwa yang tenang berada di atas, di tempat yang selayaknya dia berada….dalam minda yang sihat yang sentiasa mencari ilmu penyuluh hidup..

Wednesday, September 1, 2010

Rapuh - Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu