Monday, July 26, 2010

Pesanan Untuk Lelaki

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

1. Wanita Ananah : banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah : suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

3. Wanita Hananah :
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5. Wanita Baraqah :
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6 . Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..

Saturday, July 24, 2010

Pahala Selepas Mati

Anas r.a berkata, "Ada 7 pahala yg akn tetap diterima oleh sesorang itu apabila ia mati kelak, iaitu:
  • Orang yg mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh org ramai sebagai tempat utk beribadah.
  • Orang yg mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya.
  • Orang yg menulis mushaf selagi masih ada orang yg membacanya.
  • Orang yg menggali perigi selagi ada org yg memanfaatkannya.
  • Orang yg menanam buah-buahan selagi ada yg memakan buahnya sama ada manusia ataupun binatang.
  • Orang yg mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yg mempelajarinya.
  • Orang yg meninggalkan anak yg soleh..anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua org tuanya.
Rasulullah SAW juga ada bersabda, katanya, "Apabila telah mati anak Adam itu maka terputuslah semua amal ibadahnya kecuali pada 3 perkara iaitu:
  • Sedekah jariah
  • Ilmu yg berguna dan dimanfaatkan oleh pengamalnya
  • Anak yg soleh yg tidak lupa mendoakan ibu bapanya

Thursday, July 22, 2010

Turunnya Malaikat di 5 Tempat

Sabda Rasulullah SAW; "Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada 5 buah tempat iaitu: 1) Di Mekah, 2) Di Madinah, 3) Di Baitul Maqdis, 4) Di perkuburan orang Muslim, dan 5) Di majlis kaum Muslimin."

Kata malaikat yang turun di Mekah : "Ingatlah, sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas dari rahmatNya."

Kata malaikat yang turun di Madinah : "Ingatlah, sesiapa yang meninggalkan Sunnah Rasulullah, sesungguhnya mereka akan terlepas dari syafaatnya di akhirat kelak."

Kata malaikat yg turun di Baitul Maqdis : "Ingatlah, sesiapa yg memakan harta haram, sesungguhnya segala amalan yg dikerjakannya tidak akan diterima."

Kata malaikat yg turun di kubur org muslimin : "Wahai ahli kubur, apakah yg kamu sesalkan?" Jawab ahli kubur, "Kami menyesal kerana tidak dapat menambahkan amalan kami..sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu di dunia dahulu..kami emrasa sungguh iri hati dgn org yg tekun mengerjakan sembahnyang berjemaah, membaca al-Quran, membaca selawat dan berisghtifar, sedangkan kami semua tidak boleh lagi berbuat demikian."

Kata malaikat yg turun di majlis org muslimin :
"Wahai org yg beriman, bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allah lah yg memberi balasan..sesiapa yg takut atas hukuman Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat di atas segala dosa-dosanya..kalaulah tidak ada org2 yg khusyuk, bayi2 yg masih menetek, binatang peliharaan serta org2 tua yg bersembahyang nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yg pedih.."

Sunday, July 18, 2010

Ukhwah Fillah

Tahukan anda tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan??

"Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala org yg berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yg paling cepat mendatangkan keburukan ialah seksaan bg org yg berbuat jahat dan yg memutuskan tali persaudaraan." (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW pernah memberikan nasihat kpd para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah". Para sahabat pun bertanya, "Apakah yg dimaksud itu, ya Rasulullah?" Baginda kemudian bersabda lagi, "Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturrahim kpd org yg telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kpd org yg tidak pernah memberi sesuatu kpd kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kpd org yg menganggap kalian bodoh." (HR Hakim)

"Maukah kalian aku tunjukkan amal yg lebih besar pahalanya drpd shalat dan shaum?" tanya Rasulullah SAW kpd para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan,"Engkau damaikan yg bertengkar, menyambungkan persaudaraan yg terputus, mempertemukan kembali saudara2 yg terpisah, menjembatani berbagai kelompok dlm Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yg besar pahalanya. Barangsiapa yg ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturrahim." (HR Bukhari Muslim)

Sahabat, bagaimana mungkin hidup kita akn tenang kalau di dlm hati masih tersimpan kebencian dan rasa permusuhan kpd sesama Muslim..perhatikan keluarga kita, kaum yg paling kecil dlm masyarakat..bila di dlmnya ada beberapa org sj yg sudah tidak saling tegur sapa, saling menjauhi, apalagi kalau di belakang sudah saling memfitnah, memburukkan, maka rahmat Allah akan dijauhkan dari rumah tersebut..dlm skala yg lebih luas, dlm lingkup sebuah negara, bila di dlmnya sudah ada kelompok yg saling fitnah atau saling menjatuhkan, maka dikhuatirkan bahawa bangsa dan negara tersebut akan terputus dari rahmat dan pertolongan Allah SWT..Wallahu'alam..

Thursday, July 15, 2010

Muhasabah Cinta - Edcoustic


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Ku pasrahkan semua pada Mu
 
Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doa ku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku 

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku
 
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu..

Wednesday, July 14, 2010

Doaku - Haddad Alwi


Bismillah Yaa Rahmaanu Yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa Halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah..

Yaa Robbi sudilah pandang aku
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbi dengarlah doaku ya Robbi
Hadirlah dalam kehidupan kematianku
Coba dan uji kan ku lalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Aku harus terus menulis
Kerana menulis adalah mimpiku
Tapi..
Jika tulisanku adalah tangis..
Haruskah aku terus menulis?
Aku harus terus mencinta
Kerana cinta adalah ruh dan ujudku
Tapi..
Jika cinta adalah perih..
Haruskah aku terus mencinta?

Monday, July 12, 2010

Setiap Wanita itu Cantik


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. 

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya, tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik

4 Perkara Tersirat


Yang Tersirat di Sebalik 4

4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"KEJARLAH 5 SEBELUM TIBA 5"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
WAKTU MUDA SEBELUM TUA 

WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Sunday, July 11, 2010

Sekian Lama Berteman


Apabila kau ingin berteman..janganlah kerana kelebihannya..kerana mungkin disebabkan satu kelemahan, kau mungkin menjauhinya..
Andai kau ingin berteman..janganlah kerana kebaikannya..kerana mungkin dengan satu keburukan, kau akan membencinya..
Andai kau ingin sahabat yang satu..janganlah kerana ilmunya semata-mata..kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya..
Andai kau ingin seorang kawan..janganlah kerana sifat cerianya..kerana andai dia tak pandai menceriakan, kau mungkin akan menyalahkannya..
Andai kau ingin bersahabat..terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa..jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna..tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna..tetapi bersahabatlah kerana Allah Taala..

Bicara Kata


Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kundi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik itu budi pekerti
Terkadang aku mentafsir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya..